sedang aku kemas kini peti inbox email, jumpa email pasal horoskop. lama dah email ni. aku tgk kat FB, ramai yg suka buat kuiz pasal horoskop ni. so, aku rasa, tak salah aku kuarkan balik cite ni. betul atau tak, aku tak pasti, kena tanya org2 yg ada ilmu tentangnya. tp klu rasa was-was, jgn buat. tak rugi pun tak tahu pasal horoskop2 ni. renung2kan, dan selamat beramal :)

good info to share....

Pagi tadi aku menerima email ini dan aku agak terkejut dengan yang dimaksudkan oleh email tersebut. Email tersebut mengandungi isu yang telah dibincangkan melalui sebuah rancangan di TV9. Lebih mengejutkan aku
lagi apabila salah sorang panel tersebut memaklumkan bahawa membaca horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari. Ya Allah Ya Tuhanku.. Aku selalu jugak membaca ruangan tersebut terutama seawal pagi sebelum memulakan kerja. Berikut aku masukkan kandungan email tersebut
untuk rujukan dan renungan kita bersama.

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal. Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad. Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain. "Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya.

Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."

Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12. Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu. Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.

Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan. Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu. "Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS
horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.

"Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi. "Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya.

Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya. Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah. Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu
adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka. "Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi.

Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya. Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib. Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan
berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.

Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit. Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.

Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq. Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.

"Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil. "Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit.

Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim. "Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya. Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan...
bila baca berita pasal kematian budak umur 15 tahun yg ditembak polis, sayu hati ku. baru 15 tahun. bayangkan kesedihan keluarga aminulrasyid. ditambah dgn cara kematian yg pada aku tidak sepatutnya berlaku.

rasanya ini bukan kali pertama kejadian mcm ni berlaku. bukan ke polis hanya boleh menggunakan senjata bila suspek menggunakan senjata juga. klu setakat nak lari dr polis, kejar je la. kenapa mesti nak tembak? aku rasa budak tu nak lari mesti sbb takut je. tambah kwn dia pun dah melarikan diri. panik la tu. pastu senang2 je ckp disyaki penyamun semata2 jumpa parang kat dlm kete. ntah2, parang tu mmg ada dlm kete. kegunaan parang bkn takat nak menyamun je. bekebun ke, tebas lalang ke, nak bunuh ular ke, tebang pokok ke. tp, ye la, dah ajal. ajal dia dtg dgn cara mcm tu. kita ni nnt, tah mcm mana plak.

apa2 pun, diharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yg sewajarnya. jgn sampai kepercayaan rakyat tercalar dgn insiden ini. jangan sampai org kata, harapkan pagar, pagar tak blh harap. eh betul ke? kekeke......tp seriously, aku rasa kejadian ni tak patut berlaku.

dan lagi satu, sape2 ada anak remaja, adik2 korang ke, pakwe/makwe ke, jgn la kuar rumah smpi pagi buta. tuhan dah jadikan mlm tuk beristerihat di rumah, apalagi nak cari kat luar mlm2. tak cukup ke waktu siang? pantau la aktiviti derang. jgn smpi kita tak tahu apa derang buat kat luar. klu dah jadi mcm ni, keluar air mata darah pun dah tak guna. jagalah keluarga korang baik2 ye. pesanan ni tuk aku jugak.
Labels: 4 comments | | edit post
Tag
musim tag org dah mari. Nor yg dok kat korea nun telah melemparkan tag yg dia dpt kat aku. haisshh...ngeri aku tgk soklan byk2 ni. rasa mcm exam lak. ni tag aku yang pertama. maklumlah....newbie lagi dlm bidang perblogkan ni ;)



[1] 3 Names in your inbox cellphone
nak 3 je ke? byk ni.....
1. adik
2. kakak
3. hotlink

[2] Your main ringtone?
can' take my eyes off you cover version by jay park. suke giler....

[3] What U did at 12 last night?
jd kutu mlm jejak blog org. hehehe....
 
[4] Who was the last person[S] U went out with? Where?
with my mom. to putrajaya.

[5] The color of T-shirt you're wearing now?
kelabu taik anjing. haha.....
 
[6] The last thing you did?
makan mlm.

[7] 3 of your everyday favourite items?
1. tipon
2. pc
3. bb cream

[8] The color of your bedroom.
pink

[9] How much money in your wallet now?
aiyaa....malas nak kira la. mcm2 resit ada dlm. ntah2 dah tak de duit. hehe....

[11] Your favourite song?
right now, can' take my eyes off you cover version by jay park. w/pun pendek je, suke....suke.....

[12] What will you do next weekend?
skang weekend la ni, plan nak tido makan tido makan je tp tak de maknernya. ada je halangan.

[13] When was the last time U saw Ur Mum?
baru jap tadi...

[14] Where is she now? 
tgk tb, konsert AF.
 
[15] When was the last time you talked to your parents?
tadi.....

[16] Who is the last person that texted U?
my sis.
 
[17] Where did U have your dinner lastnight?
kat umah je...
 
[18] The last suprise you got?
rabu lepas, sall suprisekan aku dgn hajat dia tu ;)
 
[19] Last thing U borrowed from ur friends?
ape ek? haaa...plug point kaki tiga tu. kat opis. aci tak? haha....
 
[20] Who is ur BF/GF or husband/wife?
don't have any :( 
tp BFF ada. ok lah tu.

[21] What do you feel now?
tak de perasaan...
 
[22] Wanna share with who?
tak yah lah share2. tak best pung.....

[23] Who knows ur secret?
tak de secret. aku baik, tulus dan suci. hahaha....perasan.

[24] They keep ur secret?
i hope so.

[25] Are you angry with someone?
yup.

[26] What do you order at McD?
jumaat lepas baru je pegi mcd, order double cheese burger.
 
[27] The last time you felt so sad?
semalam. tgk cite hachiko :(

[28] What is your wish for tomorrow?
still alive and kicking. hihihihi......
 
[29] Who will U tag next?
sape nak bg ni. dah ramai yg buat aku tgk. bg mereka2 ni lah....
1. sall - love, love, love's us
2. diana - sweet n lovely
3. aibaks - aibaks dot com
4. azfar - azfar90
5. hafizz - coretan perantau
Labels: 9 comments | | edit post
Siang td jln2 ke blog kwn2, tiba di rumah salldannrizz, mcm biasa selongkar entri dia. Dr atas terus ke bawah. Tetiba……...aik...….mcm kenal je gmbr ni.........apasal gambar aku kena tepek kat sini? Dah mcm gambar wanted je aku tgk. Kekeke…....Apa dah jadi? Rupa2nya sall wat surprise pd follower dia yg ke-50.

Masa aku joint jd follower dia, nmpk no 50 tu, mmg dah terpikir pasal reward2 ni. terdetik jugak kat hati, sall tak nak bg reward ke kat follower dia mcm org lain buat tu. tp sall tak bg tahu pasal ni, aku pun buat dek je la. Tup2 muka aku terpampang besar kat entry dia. Malu la wei….sall, aku ni pemalu tau. Ha…korang tgk la kat sini.

So, sall suh buat entry plak tuk reward tu ala2 aku suprise terkejut la kan. hihihi…..time tulis ni surprise dah hilang la sal ;) tp masa memula tu, dup dap dup dap gak. tak baca sgt apabenda yg sall tulih. terus merenung gmbr ku ittew btl aku ke tak ni. hihihi....honestly, mmg terkejut la, tetiba je dpt hadiah katanya. Tp hadiah apa ek? Excited nak tahu hadiah apa ni? blh request tak? Kihkihkih…..demand plak aku kan. dpt airtime pree dan promot muka aku secara tak langsung dr cik sall pun dah kira baguih dah tu. mekasih la no…..glemer haku kejap ^^

Pape pun, thanks a lot sall. Kali ni rezeki haku. Lain kali, rezeki korang plak. So, rajin2 lah jadi follower sall atau org lain yg suka bg hadiah2 ni. masuk contest pun blh. Seronok tau. yang penting apa kwn2? KERJASAMA!!!! kata wonderpet. hahaha..........

Amaran keras : jgn percaya gambar 100% cik sall ye. Byk gmbr yg telah di”kedaigambar”kan, termasuk gmbr tu. hahaha….paham ke?
mlm tadi punya kek baru nak tayang. siap bakar pun dah tengah mlm. tak sempat nak posing2. sbnrnya, nmpk kek ni kat rumah kak ummi. kak ummi ulang tayang balik sempena jelajah ben ashaari tu. kebetulan ada cheese yg dah terperam kat freezer tu sebulan lebih dah. apa lagi, membakar kek lah keje aku mlm td smpi tak smpt msk entry smlm.

senang je nak buat kek ni. sedap lak tu. tp tak leh mkn byk2. nnt bdn mengembang kiri dan kanan, sendiri mau ingat hoccay.... pg tadi dpt la bw sket pi opis, bg kwn2 rasa. resepi asal kat sini. minta izin copy paste resepi ye kak ummi. tp nak minta maaf la kat kak ummi, resepi dimodify sket. tak guna oreo, guna biskut lain tp sejenis gak la. klu tgk kak ummi punya kek dgn aku punya, mmg jauh bezanya. kek aku tak cantik gara2 terlebih ltk biskut, pastu main ramas2 je, dah timbul2 biskut kat permukaan kek. huhu...ni la akibat klu tak ikut step btul2. tp blh dimaafkan la, ye tak, amatur lagi. yg penting, sodap ;) jom layan resepi.




Bahan:-
30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan
Bahan Filling:-
16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream - aku guna yogurt
2 biji telor
1 cawan oreo yang dicincang halus


Cara Menyediakan:-
Base :- gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.
Filling:- Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati. Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.  

p/s: tambah sket lemon jus/jus limau kasturi pun sedap. 


just wanna say, good night.......have a sweet dream.

penat sgt hari ni. baru lps bakar kek. tp kek blm blh posing lagi, esok lah aku tayang. tp rupa kek tu klakar la. jgn gelak ok.

aku nak beradu dah, esok keje uolls. salam......















comel pun nak tidur gak. tidur sambil tersenyum :)
Labels: 3 comments | | edit post
warrrghhh.....penatnya baru balik dr service aircond keta. pastu merayap lak ke kajang beli brg. aku klu nak pi kajang mmg kena pikir 10x, sbb jem!!!! bandar kecik tp org ramai, keta lak tok sah kira lah. berinsut-insut klu nak kuar dr sana. 

untuk mengisi ruang2 kosong kat blog aku ni, sbb tak de benda nak cite pun, korang try la baca kat bwh ni. klu korang dpt baca, mmg terer la, mcm aku. hehehe.......rasanya ramai dah tahu pasal ni. tp korang layan je la ek. aku nak merehatkan otak jap. 
 


fi yuo cna raed tihs,
yuo hvae a sgtrane mnid too.
Cna yuo raed tihs?
Olny 55 plepoe can.

I cdnuolt blveiee taht
I cluod aulaclty uesdnatnrd
waht I was rdanieg.
The phaonmneal pweor
of the hmuan mnid,
aoccdrnig to a rscheearch at
Cmabrigde Uinervtisy,
it dseno't mtaetr in waht oerdr
the ltteres in a wrod are,
the olny iproamtnt tihng is taht
the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae.
The rset can be a taotl mses
and you can sitll raed it whotuit a pboerlm.

Tihs is bcuseae the huamn mnid
deos not raed ervey lteter by istlef,
but the wrod as a wlohe.
Azanmig huh? yaeh
and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!
if you can raed tihs forwrad it.
Labels: 4 comments | | edit post

INI ADALAH STICKY ENTRY TUK CONTEST YE. YG LATEST ENTRY KAT BAWAH NUN HA. HARAP MAKLUM.......





From mzhany


jln2 ke rumah mzhany, nmpk lak contest hijau ni. huhhh....asik berjalan je keje aku kan. abih tu nak wat camne. nak tgk amazing race, bapak aku dah standby baeek punya dpn tb nak tgk wrestling. aku sbg anak mithali, mengalah lah. ngeh..ngeh..ngeh....kena tgk yg kul 12mlm punya.

ok, sambung cite pasal contest hijau ni, sbb hijau adalah favourite colour aku, so, aku joint. cara nak joint, buat satu sticky entry, letak gambar yg ada kaler hijau mcm kat atas tu. tu bkn aku punya ye, tu hanybunny punya contoh.

gmbr yg akan dipertandingkan ialah gmbr yg diambil masa pergi cherating. bkn aku yg pegi. kakak aku dgn family dia yg pegi. gmbr diambil dr bilik diorg kot. blh buat iklan promo gmbr ni. silakan cik mzhany menilai ye.



Labels: 3 comments | | edit post
 
apa new worldnya? mesti la dunia blog. mcm2 benda baru aku blajar bila memasuki dunia blog ni. dulu rajin silent reader je. cari resepi, baca news pasal dunia artis. nak2 lagi artis2 korea sana. i likeee....skang ni, aku jadi sibuk lak bila ada blog sendiri. dah tak sempat dah nak jengah2 blog yg biasa aku lawat tu. tunggu la blog aku stabil dulu. ni pun masih bertukang lagi ni.

smlm ada cite pasal bingung mcm mana nak joint geng blogger....mlm tu jugak lady ell buatkan entri mcm mana nak joint. tgk kat sini. siap kata khusus buat aku tu. hihihi...sonang jo rupo eh. puas lah clik sana clik sini, pusing2 smpi biji mata pun pusing asik ngadap pc je. langsung tak terpikir nak clik ikon facebook blh atas tu ;) mekasih byk la ye lady gaga. eh....silap, lady ell. hiksss.....orang kata klu malu bertanya sesat jln. nasib baik tanya, klu tak, smpi kesudah tak reti2 nak msk. kwn2 yg blm joint, meh la joint. best kat sana.

baru je joint, dah dpt ramai kwn. friendly derang ni. hehehe....tp bg newbie mcm aku, itu yg aku nak. aku rasa kedatangan aku kat komuniti blogger tu dialu-alukan. jadi aku pun rasa sonok dan rasa bersemangat nak berblog lebih aktif. skang ni, dah start kwn2 blog dtg visit blog aku, follower pun dah bertambah sket2. dari sorang follower setia aku, en. calipso tu, skang dah de 10. ok la tu kan. ada improvement, kata omputih.

sebenarnya, blog en. calipso ni byk menolong aku setup blog ni. mcm2 note yg dia bg. dari tak tahu langsung, skang blh la sket2 klu nak tlg2 kwn. jasa anda amat dihargai en. calipso. suka plak aku nama dia. kat forum cari lg best, kupia. hihihi........tp sayang, blog yg slalu jadi rujukan aku tu tetiba kena suspend. tak tahulah kenapa. katanya, mungkin ada org report. tp knp nak report? sedangkan blog tu blh menolong ramai org yg mcm aku ni ha. mcm2 hal. nasib baik dia ada back-up blog.

kat forum cari pun ramai kwn yg dah berblog lama sudi menjawap pertanyaan org yg baru nak berjinak2 dgn dunia per'blog'kan ni. pelik lak bunyinya, per'blog'kan. belasah je lah. kdg2 org dah explain beberapa kali pun, ttp tak paham. hahaha...otak dah karat. tp aku respek la otai2 ni. derang tak kedekut ilmu.

tp aku heran la, mcm mana otai2 blog blh buat entry sehari tu lebih dr sekali. ada je idea derang. aku nak tulis sehari satu entry pun payah. terkebil2 mata tgk cicak buat larian pecut 100m kat dinding pun tetap tak dtg idea. tp cuba tgk blog en. ben tu (bila la dia nak dtg jelajah blog aku ni), sehari lebih dari 5 entri rasanya. komitmen kena tinggi ni. tak pe rini, pelan2 kayuh, fighting!!!!!!!!

akhir kalam, time kasih buat korang yg sudi menerima kehadiran aku kat dunia baru ni. tima kasih sudi follow blog yg tak bape nak siap ni. aku terharu.....sob..sob....
Labels: 8 comments | | edit post
hari ni dah nekad, walau mcm mana sekali pun, mesti buat kerabu mangga hari ni. dah seminggu mangga muda terperam dlm fridge tu. niat masa beli mmg nak buat kerabu. tp, mcm2 hal plak yg menghalang. masa beli, mangga tu muda lagi smpi dah mengkal dah sekarang ni. nak buat bknnya susah. senang dan cepat dan sgt lazat. nyum...nyum...

dgn bantuan anak buah aku, iqa dan afiq, cpt je siap. sebenarnya bkn membantu sgt pun, mengacau je lebih. tambah2 lagi yg pompuan, niat dia nak menolong tp melambatkan keje aku je. last2, tak yah tlg pape. resepi rujukan aku ambik kat fp kak rinnchan tp ada juga diolah ikut citarasa sendiri. sebagai pembuka selera, mkn dgn nasi atau mkn mcm tu je pun blh. sebenarnya, ni first time buat kerabu mangga. hehehe....kerabu lain2 tu pernah buat, tp mangga je yg tak pernah. tu yang beriya sgt nak try. kiranya, percubaan pertama sgt berjaya dan memuaskan hati sendiri dan org lain. hahaha......masuk bakul angkat sendiri.












 




As simple as it is...
Ingredients:
One unripen mango, thinly sliced
3 - 5 bird chillie, thinly sliced
A handful of cashew nuts (kacang gajus), may be substituted by ground nuts - aku guna kacang tanah
A handful of dried prawn, pounded - aku goreng tanpa minyak dulu baru tumbuk
1/2 onion, sliced
2 tblspn lemon juice
1 tblspn sugar
1/2 tblspn fish sauce

Method:
* In a large bowl, simply mix together all ingredients. May be served with rice or just eat as it is. 


aku masukkan juga capsicum sikit dan yg penting mesti letak fish sause tu. sos ikan akan buat rasa kerabu mangga ni lagi terangkat. mcm mana rasanya??? heaven!!! pasni mesti buat lg sbb stock mangga masih ada.




  
hari ni anak buah aku, iqa dan afiq balik. apa benda nak buat tuk bdk2 ni. baru teringat ada broccoli minggu lepas tak usik lagi dan semalam ada beli baguette. pastu nmpk lak sup broccoli dan garlic bread kat fp kak amal. pe lagi, try la buat. percubaan pertama, blh kata berjaya jugak la. tang roti, perfect. tang sup, blh improve lagi, lagipun bhn2 tak cukup (all spice). nak tgk step lebih jelas, kat sini.

















Broccoli Soup

Bahan2nya
1 biji bwg besar yg kuning
2 biji brocoli ( eh betul ke...ayat ni..biji ke ketul hantam aje la)
2 biji cendawan butang atau shitake (tak dak pun tak pa)
(kmal guna cendawan shitake yg fresh tu)potong halus2
2 sudu besar serbuk pati ayam
sedikit all spice itali
2 sudu kecil lada putih
1/2 - 1 cwn susu -agak2 ye..nanti cair sangat pulak sup tu (kmal guna low fat )
sedikit minyak zaiton untuk tumis (minyak biasa pun ok)
garam secukup rasa

Panas minyak zaiton..tumis bawang besar dan sedikit bwg putih hingga layu masukkan air dlm 2 cwn.bila mendidih masukkan brocoli dan cendawan..layu sikit padam api dan masukkan dlm blender dan diblander hingga halus.  

Masukkan semula dlm periuk..dicampurkan dgn susu, lada putih, sedikit itali spice dan rasakan garamnya..masak hingga mendidih..siap. 













 



Garlic Bread

Roti dipotong disapu dgn mentega bawang putih
( butter dlm 100gm dan sedikit planta(kmal guna dorina yg ada dlm peti ais tu je, lada putih sedikit dan 4 ulas bwg putih dicincang halus--gaul sebati dan disapu pada roti tadi) 

Kemudian dibakar dlm oven guna func.Grill dlm oven yg dipanaskan dahulu 5 minit dan dibakar dlm oven selama 8-10 minit dgn suhu 160C.  

 


gambar lama sebenarnya ni. try tanam capsicum dari buah yg beli kat market. tgk kat forum Cari org tanam cantik je, aku pun try gak. tapi tak dpt nak rasa capsicum yg tanam sendiri sbb dah busuk. tak sempat masak. kena ulat kot. nak kena balut agaknya buah cili ni. tp mcm pelik lak nak balut2 bagai. haaa....lagi satu, ni mesti ayam yg patuk. ayam kat rumah ni suka makan cili. cili api mak tanam habis jadi habuan ayam. langsung tak dpt merasa hasilnya.

pape pun, alhamdullilah, percubaan pertama menjadi. geram2 tgk buah dia besar dan bulat2 tu. klu masak kaler merah mesti cantik berkilat.



























sume pun end up mcm ni. lps ni aku ingat nak tnm yg kaler kuning plak. td dah beli, so blh lah semaikan nnt. aku suka mkn yg kaler kuning tu mentah2. manis. byk juga khasiat capsicum ni dr sudut kesihatan.

Capsicum Nutrition And Health Benefits Of Capsicum

Known by different names and available in a variety of bright colors, capsicum originated in Tropical America though it is now available all across the world.

Also known as bell pepper, pepper, jalapeno and chili, the capsicum is rich in beta carotene, capsaicin and vitamins A and C, which are good for preventing a host of diseases, including live disease and impotency. This tangy vegetable is not only used for its medicinal properties, but the strong, spicy flavor is a great culinary ingredient.

Chopped into narrow slices, this vegetable tastes great as pizza topping, can be cooked into curries and can be used as seasoning.

Capsicum Health Benefits:

Capsicum is great for metabolism. The nutrients in these tangy vegetables lower triglycerides in the fat deposits in blood corpuscles. 

  • This not only burns extra calories, but also energizes the metabolism.
  • A rich source of vitamin A and C, capsicum also has antioxidant properties. These antioxidants combat the free radicals in the body and treat cardiac diseases, cataract, bronchial asthma and osteoarthritis. The vegetable prevents the damage that can be rendered on the body by free radicals, namely, cellular damage and damage to blood vessels and nerves.
  • The capsaicin compound in capsicum can block the transmission of pain to the spinal cord from the skin. Thus, including capsicum in meals is good for those undergoing post-operative amputation trauma and herpes.
  • The same compound, capsaicin is believed to prevent cancer. This compound prevents carcinogens from mixing with the DNA. Studies and research also shows that capsicum has cancer-preventing properties.
  • Capsicum has blood clotting properties. 
  • Vitamin C in capsicum can melt away the blood clots.
  • Capsaicin in capsicum can combat food-borne bacteria from affecting the body.
  • Capsicum is also used to make a kind of cream, which is used to treat arthritis and shingles.
  • Capsicum is also said to aid digestion by increasing stomach secretions. It is also known for its laxative qualities.
  • Capsicum is also used to treat chronic rhinitis.
  • Low in fat, cholesterol and calories, capsicum is so much more than just a flavoring agent.
  • Capsicum extract and capsicum seeds are used for Oleoresin Capsicum or capsicum oleoresin spray. It is a pepper spray with a lachrymatory agent that can irritate the eyes and can cause temporary blindness. This spray is used by the police for mob control and by women as a personal self-defence tool.
Antara hobi aku ialah bercucuk tanam. Suka tgk pokok2 tumbuh, berbunga dan berbuah. So, ptg smlm, aktiviti riadah bersama anak buah aku, iqa, ialah tanam pkk. Aku ada benihkan biji persimmon atau pisang kaki. Stlh lebih 3 bln rasanya, biji dia dah bertunas. aku try guna cara kat web ni tuk tanam. Nmpknya menjadi. Tp tak tahulah blh hidup smpi besar. 

selain tu ada pokok lain yg dah mengeluarkan hasil. org kata berbudi pada tanah takkan rugi. seronok tgk pkk yg kita tanam berbunga dan berbuah.


buah markisa. buah sulung ni. baru ada sebiji.
















pokok pudina @ mint.














pokok basil
















anak pokok apple. tinggi setengah meter dah.





















pokok mulbery
buah mulbery






Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...