salam......sedar tak sedar dah 23 hari kita berpuasa. tinggal seminggu je lagi nak raya. cepat betul rasanya.

kali ni nak tayang biskut yg menjadi kegemaran anak buah aku - biskut susu. buat satu adunan, dpt sebalang kecik, asik nak mencukai je keje dia. biskut ni, bukan saja menjadi kegemaran budak2, sesuai juga untuk org tua yg tak de gigi. hehehehe.....sebab, tak payah nak kunyah2 ok, masuk mulut je, terus cair. bak kata omputih, melt in you mouth^^

biskut ni sensitif sket, dr nak membuat, smpi la nak mkn. klu nak makan tu, tak yah lah nak gigit kerat 2 ke apa, alamatnya berderai seribu la. sbb tu aku buat kecik2, sekali ngap masuk mulut je :)

resepi dpt dr kak merpati di myresepi, nak tgk kat blog kak nor pun blh. diorang buat cantik2 je, ni first time aku buat, bila dah bakar tu, biskut jadi retak2. dah last2 tu, baru ok sket. tak tau apasal. kena menuntut ilmu lagi nih.....resepi aku kopipes dr rumah kak nor. thanks akak berdua :)


BISKUT SUSU @ MILK COOKIES by Merpati 66 MyR

Bahan-bahan ( satu adunan boleh dpt hampir 100 biji )
250grm tepung jagung
1 tin susu pekat manis (yang kecik jgn abiskan) - aku guna 11 sudu besar. lupa lak nak sukat ikut cawan. kes takut termanis sgt^^
1 sudu baking powder
butter /marjerin untuk uli tepung
perwarna -ikut suka

Cara-cara
Gaulkan tepung + susu pekat manis.
Bila tepung dan susu dah sebati tambah marjerin utk menjadi doh .
Bahagian doh kepada dua bahagian - satu letak warna merah or warna yang disukai
Bakar dlm oven 180 = 15 minit...dah masak sejukan dulu baru alihkan dari dulang pembakar
Perhatian: Biskut nie amat lembut dan cair didalam mulut, jadi berhati2 bila mengangkat biskut dari dulang pembakar...pastikan sejuk betol baru alihkan..

retak menanti belah, msk mulut, terus hancur^^
Labels: , | edit post
Reactions: 
6 Responses
  1. Anonymous Says:

    sala. nak tanya,marjerin tu kena letak berapa ya?


  2. Rini Jy Says:

    maaf, baru nak jwb ha. marjerin tu letak smpi jadi doh. kena letak sket2.


  3. Anonymous Says:

    Klu marjerin tukar ngan minyak ble x?


  4. Rini Says:

    x sure plak sbb x pernah try guna minyak. mungkin boleh try mana tahu jadi tp kena test dengan adunan yg sket la dulu.


  5. Anonymous Says:

    mksud nya susu pkat uli dgn tpong dulu...nthen baru msuk kn mrjerin...


  6. Rini Says:

    ye. gaul tpg dan susu dulu. agak2 la ikut kemanisan dan kelemakan yg kita nak :)


Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...