assalamualaikum.............

dh lunch blom? aku sedang menikmati mee sup yg panas dan pedasss....fuhh...berpeluh. entry kali ni pun nk tunjuk mee sup jugak tp bkn yg aku sedang makan ni. yg nak tunjuk ni buat dh lama. terperap kat draft, tak sempat nak publish setelah bermacam2 perkara berlaku kebelakangan ni.

pernah makan mee udon? mee udon ni mee org jepun. size dia tembam2 lebih kurang mcm mee laksa. cara buat senang je, sama mcm mee sup yg lain. ikut suka hati la nak wat mcm mana. resepi suka hati namanya ^_^


Mee Udon Sup
bahan:
mee udon - celur kejap. tak nak celur pun boleh, tp kena masak kejap skali dgn kuah.
udang
carrot
daun sawi
cendawan tiram
fish cake
bawang merah & putih - hiris
cili api - belah
sos tiram
kicap cair
garam
lada sulah
stock ayam - klu tak de guna air + kiub ayam
daun bawang tuk hiasan.

cara:
tumis bwg merah & bwg putih smpi naik bau.
masukkan fish cake & udang.
tambah stock ayam. renih sebentar.
masukkan carrot, cendawan tiram dan sawi.
perisa kan dgn sos tiram, kicap cair, garam & lada sulah. sbb sos tiram & kicap cair dh masin, garam tu klu x letak pun boleh. agak2 ikut selera sendiri la.
last sekali cili api. klu nak pedas, masukkan cili api awal2.
klu buat dlm qty yg sket, mee tu aku terus masuk skali dlm kuah dan jerang sekejap.
dh masak, angkat, tabur daun bawang dan hidang.


Labels: | edit post
Reactions: 

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...