sebenarnya dah pernah buat kek ni beberapa kali dan mengikut beberapa resepi. tp sebelum ni sarang lebah tak berapa menjadi. lebah merajuk tak nak buat sarang kot ;) kali ni try resepi yg aku dpt kat forum cari yg ditepekkan oleh yume, resepi dr puan halimah (alaf 21) katanya. kali ni puas hati la sket dgn sarang lebah tu.
lepas isyak, aku start buat adunan, perap 1-2 jam je, terus bakar. nak tunggu smpi 4 jam, alamatnya, besok baru bakar kek. mata dah ngantuk sgt^^ nak bancuh adunan senang je, aku main blender je sume, nak perap yg lama. pape pun, kek sedap, manis sedang elok. time kasih yume krn tepek resepi dan time kasih tuan punya resepi sbb kongsi resepi ni.
Kek Gula Hangus Puan Halimah
Bahan:
1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sd besar mentega
* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas. Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.
4 bijik telor
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila
Cara2:-
Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan cucu pekat - Mixer hingga rata
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanila
last kekali, masukkan gula hangus tadi.
Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.
Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas & bawah.
Sedapnya,
Favourite ida ni
Lama dah akak tak makan kek ni...BEST
ida & kak zmah, mmg sedap kek ni. klu dah start mkn, susah nak stop^^
ni..mmng ko betul2 masak?..cayalah
iyo.....nnt ada rezeki kita masak sama k.
salam kenal n ziarah
cantik keknya, copy resepi nnt saya letak kek gula hangus rini plak ya
salam sud@is, silakan ambik. harap menjadi lah keknya nanti ye :)