salam sume......dah dinner ke? aku baru je lps dinner, senak perut dah. hari ni puasa, buka puasa dlm keta, minum air dan kebab je. smpi rmh, kebulur nasi^^

klu entry sblm ni pasal kek sarang lebah permintaan syafiqa, kali ni permintaan abg dia plak. sebenarnya dia minta lasagna, tapi kat rumah ada macaroni je, buat je lah apa yg ada.

so, aku decided buat macaroni cheese style kak diana. aku buat ni smlm sebenarnya. petang dah nak magrib baru siap bakar. klu nak tgk  resepi asal di sini. kat sana ada tunjuk step2 bergambar sekali.

klu ikut tekak aku, macaroni yg dah digaulkan dgn sos merah pun dah sedap. klu dah cmpr dgn sos putih/keju, lagi la sedap. tp tak leh mkn selalu ni, blh jadi besar bagai johan body tu^^ anyway, thanks kak diana sudi kongsi resepi :)

D’STYLED MACARONI AND CHEESE

Bahan-bahannya (Untuk 3 loyang kecil aluminium)
1 paket (500 gram) San Remo macaroni spiral/ elbow

Bahan untuk Sos Pasta
500 gram daging cincang
2 – 3 tin Campbell’s Prego Traditional Pasta Sauce - aku guna tomato puree je
1 tin cendawan butang, dihiris
2 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang
7 tangkai cili padi thailand, dihiris nipis
air secukupnya
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
gula secukup rasa
serbuk perasa jika suka
**aku tambah oregano dan bay leaves sbb guna tomato puree. klu guna sos prego, tak perlu.

Bahan untuk Sos Cheese
1 buku (250 gram) keju cheddar jenama kraft, diparut
600ml susu segar
250 ml air
3 sudu makan mentega
4 sudu besar tepung gandum
sedikit serbuk lada hitam

Bahan untuk Topping
1 buku (200 gram) mozarella cheese, diparut

Cara-caranya
1. Didihkan air secukupnya didalam periuk. Masukkan 2 sudu makan minyak (ini agar macaroninya tidak melekat). Rebus sehingga macaroninya lembut. Angkat, toskan dan ketepikan.
2. Cara untuk Sos Pasta: Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan cili padi thailand dan juga bawang besar dan tumis sehingga naik bau dan layu.
3. Masukkan pula daging cincang dan bila ia telah bertukar warna, masukkan pula cendawan butang.
4. Masukkan pula Campbell’s Prego Traditional Pasta Sauce dan lebihan sos yang didalam tin dimasukkan sedikit air dan dimasukkan sekali. Setiap tin sos yang D gunakan D tambahkan 1 tin air. Ini agar sosnya banyak dan bila digaul dengan macaroni ia lembab dan tidak terlalu kering.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan juga serbuk perasa jika suka. Masak sehingga kuahnya mendidih dan rasa lagi kuahnya jika kurang perasanya tambah sepatutnya. Ketepikan.- msk oregano & bay leaves.
6. Cara untuk Sos Cheese: Panaskan periuk. Masukkan mentega dan gunakan api yang sederhana kecil. Bila mentega telah cair. Masukkan tepung dan menggunakan whisk kacau tepung tersebut sehingga ia sebati dengan mentega. Dikacau selalu untuk mengelakkan tepung dari hangus.
7. Kemudian masukkan pula susu segar sedikit dan larutkan adunan tepung bersama mentega tadi dengan menggunakan whisk (ini untuk mengelakkan tepung dari bergentil-gentil). Bila tepung telah sebati dengan susu tadi masukkan lebihan susu segar dan juga air. Dikacau dengan whisk selalu agar tepungnya tidak melekat pada dasar periuk dan hangus nanti sos cheese jadi tak sedap.
8. Bila sosnya mula mendidih sikit. Masukkan keju cheddar yang telah diparut dan kacau sehingga ia larut. Masukkan juga serbuk lada hitam. Dan bila ia mendidih sepenuhnya, padamkan api dan sos cheese telah pun sedia. Ketepikan.
 9. Cara menyediakan Macaroni and Cheese: Sos pasta yang telah disediakan tadi dimasukkan macaroni yang telah direbus dan gaul rata. Ia hendaklah tidak terlalu kering. Macaroni yang disalut dengan sos pasta haruslah lembab-lembab sedikit.
10. Sendukkan macaroni kedalam loyang aluminium. Kemudian tutup permukaan macaroni dengan sos cheese secukupnya. Kemudian taburkan dengan mozarella cheese yang telah diparut.
11. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180’C sehingga permukaannya kekuningan. Angkat dan enak dihidangkan panas.

Nota D: Macaroni ini boleh disediakan terlebih dahulu. Tuang sos cheese dan topping mozarella. Kemudian anda boleh tutup dengan plastik cling wrap dan simpan dalam peti sejuk. Bila hendak hidangkan, keluarkan dan biarkan pada suhu bilik dan bakar dalam ketuhar. Tapi sebaiknya buat fresh dan bakar lagi sedap…..

panasss....panass....baru kuar dari oven....

baru je masak dah nak potong dan rasa. 
bila dah sejuk baru cantik bila potong

Labels: , , | edit post
Reactions: 

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...