Assalamualaikum........ 

sudah agak lama tidak menepek resepi di sini. yang ni pun dh berkurun lama sebenarnya. masa balik dari cameron bulan dec tahun lepas lagi. maklum lah, pergi cameron tak borong strawberry tak sah kan. pastu kenyit2 mata bila makan sbb masam. tp bila buat dessert gini, laju je masuk mulut. 

resepi ni ambik kat blog kak nor. resepi sgt mudah tambah lagi hanya menggunakan susu segar instead of cream. sonang kojo acik. saya tukar sket nama resepi dan minta izin copy paste ye kak nor ^_^

sos pula boleh dipelbagaikan. untuk resepi ni, kak nor menggunakan puri buah kiwi tp sy buat sos strawberry. resepi sos strawberry, lupa pula nak bookmark web luar negara mana diambil. hanya salin resepi je. tp simple je cara buatnya.


Vanilla Panna Cotta with Strawberry Sauce
Source: K.Nor@SecubitGaram
 

Vanilla Panna Cotta

Bahan2:
9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih sket)
4 sudu besar air
2 ½ cawan susu segar/fresh milk
1/4 cawan gula
1 sudu teh vanila


Cara2:
1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke dalam ramekin atau gelas yg sesuai. 
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
6. Keluarkan dari acuan, tuangkan sos strawberry ke atasnya dan bolehlah dihidangkan.


Strawberry Sauce
Bahan2:
2 cawan strawberry yang telah di belah-belah
3 sudu besar gula
1 sudu besar jus lemon/limau 

Cara2:
Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas. Simpan dalam peti ais dan biarkan sehingga keluar jus/air. Boleh adjust sukatan gula bergantung pada selera masing2 dan juga kemasaman strawberry. 





© 2010 - 2013 rinimemories - All Rights Reserved.
Labels: , , | edit post
Reactions: 
11 Responses
  1. K.Nor Says:

    salam rini, best tu nampak pannacotta dgn sirap strawberi :)


  2. @na Says:

    salam, terliurnyer tgk pannacotta tu..cantik,,


  3. Rini Says:

    salam kak nor, terima kasih sudi kongsi resepi :)

    salam @na, kalau terliur wajib kena buat ;)


  4. Anonymous Says:

    Assalam, resepi ni utk brape org mkn dn mna nk cari gelatin ni? Tq.


  5. Rini Says:

    resepi ni blh tuk 2-3 org mkn. gelatin tu blh beli kat kedai jual barang2 tuk buat kek dll.


  6. TukangKebun Says:

    Drooling tengok.
    Kat jepun strawberry farmnya masa pergi petik bawa tiub susu pekat sekali untuk cicah masa zaman sekolah sana dulu.


  7. Anonymous Says:

    esen vanila kena msk sekali dgn susu + gula ker??


  8. Rini Says:

    diana, lg hebat tu. siap bw susu pekat masa petik strawberry :)


  9. Rini Says:

    ye, vanila masuk sekali dgn susu dan gula.


  10. Anonymous Says:

    saya dh cuba buat semalam... sy mskkn gula 1/2 cawan coz kurang manis... ia menjadi...cuma ia makan masa untuk keras..tidak seperti agar2 atau puding roti...makin lama simpan dalam peti ais,makin kejap isinya (x mcm dadih)...btw thanks for resepi...sdp...


  11. Rini Says:

    panna cotta ni mmg lambat keras sbb penggunaan gelatin yg sedikit. klu isinya kejap mungkin gelatinnya terlebih sket tp tak memudaratkan rasanya. tahap kemanisan tu pun blh adjust ikut selera sendiri. kita yang buatnya :) thanks sbb cuba.


Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...