assalamualaikum.........
apa kabar sahabat pembaca? sihat2 saja hendaknya ye. sambil2 bersantai tu, jom tgk resepi pavlova yg aku buat hari raya haji yg lepas. masa aku post entry pasal mak aku tu, sebenarnya nak wat entry pasal pavlova ni, tp bila mak dh mcm tu, hilang mood nak post entry pasal makan2 ni.
alkisahnya aku takde plan pun nak buat pavlova ni, tp adik aku la yg beriya sgt nk buat setelah permintaan dia suh buat macaron manjang aku tak layan je. hehee.....ingat senang nak buat macaron tu. orang yg dh biasa buat pun kadang2 tak menjadi gak. apatah lagi aku yg tak pernah buat. so bila aku ckp dr buat macaron baik buat pavlova sbb bhn2 lebih kurang je dan cara buat senang sket. sejak tu, asal balik rumah je suh aku buat.
resepi ni aku ambik dari joy of baking. ada beberapa benda nak kena take note masa buat pavlova ni. gula kena kurangkan. manis giler. tu pun aku dh kurangkan 180gm. lepas ni kena kurangkan smpi 150gm. pastu masa membakar tak perlu ikut masa yg resepi tulis. depend kat oven kita sbb setiap oven berbeza. bila dh tgk kaler pavlova bertukar dan bhgn luar dh retak2, dh masak la tu. klu ikut oven aku, 30-45 minit dh cukup rasanya.
bila dh masak, biarkan sejuk dalam oven dgn pintu oven tu biar terbuka sket. klu terus keluar pavlova akan sink dan bhgn luar akan pecah2. dan ini akan mengakibatkan pavlova korang tak ensem selain serpihan tu akan hilang dicuri dek tangan2 yg tak sabar2 nak rasa. geram btul aku dgn budak2 ni. tak sabar2.
untuk buah, korang leh letak apa je tp biasanya buah yg masam2 sket la sbb nak balance dgn pavlova yg manis tu. aku nak beli strawberi habis lak. so apa yg dapat je la. lepas ni aku nak try mini pavlova. nmpk kak wan buat, cute je. yg dh potong tak dpt nak snap sbb bateri exhausted katenye....
Pavlova Recipe:
4 large (120 grams) egg whites
1 cup (200 grams) superfine (castor)
sugar
1/2 teaspoon pure vanilla
extract
1 teaspoon white vinegar
1/2 tablespoon cornstarch (corn flour)
Topping:
1 cup (240 ml) heavy whipping
cream
1 1/2 tablespoons (20 grams) granulated
white
sugar (or to taste)
1/2 teaspoon pure
vanilla extract
Fresh fruit - kiwi, strawberries,
raspberries, blackberries, passion fruit, peaches, pineapple, or other
fruit of your choice
hasil cincangan budak lelaki. suka hati dia je nak potong mcm mana. nmpk tak bhgn luar yg dh pecah2 dan ada yg dh hilang. tak cun dah. |