salam.....

susah tol bila tak de pc ni. nak update pape pun susah. personal file pulak sume simpan kat sana. minta2 tak kena reformat la pc tu. klu tak abis aku punya file2 tu sume.

tahun ni, tah apasal, malasnya nak buat biskut raya. bercinta nak mulakan buat biskut ni. biskut yg dah buat pun sume jenis yg gentel2 pastu bakar :) tak yah terap2. klu aku buat jenis yg terap2 ni sorang2 malam2, mau kul 2am baru siap. alamatnya ting tong la pala aku kat opis pagi esoknya.

salah satu biskut yg senang, main gentel2, campak2 je, biskut coklat chip nestum. resepi ni dpt dari maklang, kat forum cari. biskut ni sedap, ranggup dan kaya dengan rasa coklat chip. anak buah aku suka tol biskut ni. antara biskut yg cpt habis time raya.


Biskut Choc.Chip Nestum [MakLang]

Bahan
BhnA
1 1/2 cwn tepung naik sendiri }
1/2 st baking powder            }   diayak bersama
1/2 st soda bicarbonate        }

150g majerin/mentega
120g gula castor
1 biji telur
1 st esen vanila
1 cwn nestum
1 cwn choc.chip

Cara
Pukul mentega + gula sampai kembang dan ringan. Masukkan telur dan esen vanila.
Masukkan choc.chip dan nestum ke dalam Bahan A, gaul rata dan masukkan ke dlm adunan mentega tadi.
Ambil sket adunan (sebesar biji guli), tekan leper skit dan bakar pd suhu 175 C,10-15 minit. Jarak2kan adunan sebab biskut ni akan mengembang sampai 2x ganda.


Labels: , | edit post
Reactions: 
3 Responses
  1. sodapnyeeeeeeeeeeee~


  2. Hairil Rizal Says:

    Apa kata Rini kirimkan dalam 10 biji pada Warlord? Dapat pahala tau beri org yg puasa juadah utk berbuka puasa!

    :)


  3. Rini Jy Says:

    sensei, sodap di tgk, lagi sodap dimakan^^

    warlord, cukup ke 10 biji tuk buka puasa ;)


Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...