salam sume.....selamat berbuka puasa......disebabkan pc dah hantar workshop, so, cpt2 pinjam adik nyer notebook tuk update blog. kali ni nak letak entry, first biskut raya yg dah buat. resepi ambil dari myresepi.

dua malam aku buat biskut ni. mula2 buat satu adunan je, tp dpt sket je. pastu terus tambah 2 adunan lagi. byk2 ni bkn apa, kena bg kakak aku sket sbb dia sibuk menjahit baju org. tak de masa nak buat kuih. berbaloi buat kuih ni. sedap dan ranggup. dan aku tengok, ayu sungguh biskut ni^^ mungkin sbb ceri merah tu.

resepi aku kopipes je. mekasih tuan punya resepi, junjs11.

Biskut Cornflakes

Bahan-bahan ( boleh dapat satu balang kuih.. )

  • 250gm butter (1 buku)
  • 1/2 cawan gula
  • 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 kotak cornflakes - diramas sedikit
  • Papercup dan ceri untuk hiasan

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan tepung dan cornflakes.
  3. Sudukan ke dalam papercup, hias dengan ceri dan bakar lebih kurang 20min. 


Labels: , | edit post
Reactions: 

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...