bila baca berita pasal kematian budak umur 15 tahun yg ditembak polis, sayu hati ku. baru 15 tahun. bayangkan kesedihan keluarga aminulrasyid. ditambah dgn cara kematian yg pada aku tidak sepatutnya berlaku.

rasanya ini bukan kali pertama kejadian mcm ni berlaku. bukan ke polis hanya boleh menggunakan senjata bila suspek menggunakan senjata juga. klu setakat nak lari dr polis, kejar je la. kenapa mesti nak tembak? aku rasa budak tu nak lari mesti sbb takut je. tambah kwn dia pun dah melarikan diri. panik la tu. pastu senang2 je ckp disyaki penyamun semata2 jumpa parang kat dlm kete. ntah2, parang tu mmg ada dlm kete. kegunaan parang bkn takat nak menyamun je. bekebun ke, tebas lalang ke, nak bunuh ular ke, tebang pokok ke. tp, ye la, dah ajal. ajal dia dtg dgn cara mcm tu. kita ni nnt, tah mcm mana plak.

apa2 pun, diharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yg sewajarnya. jgn sampai kepercayaan rakyat tercalar dgn insiden ini. jangan sampai org kata, harapkan pagar, pagar tak blh harap. eh betul ke? kekeke......tp seriously, aku rasa kejadian ni tak patut berlaku.

dan lagi satu, sape2 ada anak remaja, adik2 korang ke, pakwe/makwe ke, jgn la kuar rumah smpi pagi buta. tuhan dah jadikan mlm tuk beristerihat di rumah, apalagi nak cari kat luar mlm2. tak cukup ke waktu siang? pantau la aktiviti derang. jgn smpi kita tak tahu apa derang buat kat luar. klu dah jadi mcm ni, keluar air mata darah pun dah tak guna. jagalah keluarga korang baik2 ye. pesanan ni tuk aku jugak.
Labels: | edit post
4 Responses
  1. Akif Mazlan Says:

    salah siapa? malas nak ckp salah malaysia, takut nnt masuk ISA, hahaha


  2. Rini Says:

    mazlan, sshhhh........jgn ckp, bahaye.....


  3. Akif Mazlan Says:

    aihh, pggl mazlan pulak, akiff laa, mazlan tuh nama my daddy, hahaha

    tapi nk ckp jugak,
    salah POLIS MALAYSIA!! dah berani nih nk ckp,
    slps tgk forum kt fb xdi, habis kutukan dah diorang bagi, hahaha


  4. Rini Says:

    akif, hahaha...so sory....dah posting baru perasan. ingatkan aktif tadi. maapkan hamba ;)


Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...