mlm tadi punya kek baru nak tayang. siap bakar pun dah tengah mlm. tak sempat nak posing2. sbnrnya, nmpk kek ni kat rumah kak ummi. kak ummi ulang tayang balik sempena jelajah ben ashaari tu. kebetulan ada cheese yg dah terperam kat freezer tu sebulan lebih dah. apa lagi, membakar kek lah keje aku mlm td smpi tak smpt msk entry smlm.

senang je nak buat kek ni. sedap lak tu. tp tak leh mkn byk2. nnt bdn mengembang kiri dan kanan, sendiri mau ingat hoccay.... pg tadi dpt la bw sket pi opis, bg kwn2 rasa. resepi asal kat sini. minta izin copy paste resepi ye kak ummi. tp nak minta maaf la kat kak ummi, resepi dimodify sket. tak guna oreo, guna biskut lain tp sejenis gak la. klu tgk kak ummi punya kek dgn aku punya, mmg jauh bezanya. kek aku tak cantik gara2 terlebih ltk biskut, pastu main ramas2 je, dah timbul2 biskut kat permukaan kek. huhu...ni la akibat klu tak ikut step btul2. tp blh dimaafkan la, ye tak, amatur lagi. yg penting, sodap ;) jom layan resepi.




Bahan:-
30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan
Bahan Filling:-
16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream - aku guna yogurt
2 biji telor
1 cawan oreo yang dicincang halus


Cara Menyediakan:-
Base :- gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.
Filling:- Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati. Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.  

p/s: tambah sket lemon jus/jus limau kasturi pun sedap. 


Labels: , , | edit post
10 Responses
  1. bidadariMu Says:

    wahhh..cdapnye...sy amik resepi nie.. =)


  2. mak aiii kek..sedapnya nampak :D

    http://nomborsebelas.blogspot.com/



  3. Rini Says:

    sila2 ambil, jgn segan2 ;)


  4. sall Says:

    nyam3....erkkk kenyang dah :> mkn kek awak kihkihkih...ambil resepi ya....


  5. Rini Says:

    hihihi...blh kenyang mkn gambar ek ;)


  6. me_nazri Says:

    wahhhh...nmpak sedap...nak sikeyt


  7. Rini Says:

    ambik lah encik semalam ^^


  8. Anonymous Says:

    sedapnye...sy pun nk ambik resipi nie,,insya allah,,next time wat


  9. Rini Says:

    sila ambik cik anon^^
    pasti puas hati bila dah mkn :)


Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...