Assalamualaikum.........

dari satu peket yg disemai, satu pokok je yg hidup. bunga matahari ni jenis yg besar juga. yg ni aku tanam dalam pasu. klu kat tanah, agaknya boleh jadi lagi besar kot. dari tempoh putik bunga keluar sampai bunga kembang, ambik masa yg lama gak. bila dh kembang tu, subhanallah.....cantiknya.....dan bunga matahari juga ada bau yg harum. harap2 blh dpt benih dari bunga ni nnt.











© 2010 - 2012 rinimemories - All Rights Reserved.
Assalamualaikum........

percubaan menanam petola untuk kali pertama nampaknya sudah menunjukkan hasil, alhamdulillah. selepas anak benih dialihkan ke tanah, dlm 1-2 minggu, pokok sudah mengeluarkan bunga. selepas melakukan pendebungaan secara manual, buah sudah semakin membesar. cepat jugak pembesaran buah petola ni. rasa2, minggu depan dh boleh petik buahnya.



bunga betina ada putik buah di tangkainya.




bunga jantan. pendebungaan manual pada 10 Sept.


12 Sept, bunga betina x gugur dan jadi buah.
 
semalam, 15 Sept, buah semakin membesar.


buah kedua, juga pendebungaan secara manual sbb bunga jantan dan betina dok jauh2. kita la kena tolong jodohkan. hahaha........




© 2010 - 2012 rinimemories - All Rights Reserved.

Assalamualaikum..................

antara makanan kegemaran. menggunakan resepi dari minami133 dari my resepi. rasanya hampir sama dgn yg beli kat pasar mlm. buat sendiri lagi puas dan jimat. resepi asal kat sini. resepi ni nak buat kuah je. tuk bahan2 lain tu, mesti korang tahu apa dia kan.

Kuah Yong Tau Fu

Bahan-bahan (5-6 orang)

  • 10 tangkai cili kering
  • gula melaka atau kurozato
  • bijan goreng
  • gula (kalau kurang manis)
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
  • sedikit ajinomoto - tak letak

Cara-cara

  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  2. Setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
  3. Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  4. Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. Masukkan garam, ajinomoto dan gula (jika gula melaka kurang manis).
  6. Masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.




© 2010 - 2012 rinimemories - All Rights Reserved.

Assalamualaikum..................

lobak putih dlm entry kat bawah dah dituai. ini lah hasilnya. alhamdulillah.............. first time tanam dan rasa lobak putih yg fresh baru tuai. dan first time jugak masak lobak putih. sblm ni buat kimchi je. x pernah masak. sedap rupanya bila buat sup, mungkin juga sebab lobak segar baru cabut.




resepi biasa2 saja. tumis bawang merah, bawang putih dan halia. klu nak ada rasa pedas2 sket, letak la cili api 2-3 biji. bila dah bau harum, masukkan ayam yg dipotong kecil dan air ikut suka nak kuah banyak mana. bila ayam dah masak, masuk lobak putih. perasakan dengan garam dan lada sulah. bila lobak dah empuk, tabur daun sup. siappppp.................


tanam dalam pasu je. dapat la sekali masak.



© 2010 - 2012 rinimemories - All Rights Reserved.

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...