Assalamualaikum..................

antara makanan kegemaran. menggunakan resepi dari minami133 dari my resepi. rasanya hampir sama dgn yg beli kat pasar mlm. buat sendiri lagi puas dan jimat. resepi asal kat sini. resepi ni nak buat kuah je. tuk bahan2 lain tu, mesti korang tahu apa dia kan.

Kuah Yong Tau Fu

Bahan-bahan (5-6 orang)

  • 10 tangkai cili kering
  • gula melaka atau kurozato
  • bijan goreng
  • gula (kalau kurang manis)
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
  • sedikit ajinomoto - tak letak

Cara-cara

  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  2. Setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
  3. Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  4. Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. Masukkan garam, ajinomoto dan gula (jika gula melaka kurang manis).
  6. Masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.




© 2010 - 2012 rinimemories - All Rights Reserved.
Labels: , , | edit post
Reactions: 
2 Responses
  1. TukangKebun Says:

    Lama tak makan ni, saya pun teringin buat juga.


  2. Rini Jy Says:

    klu kat adelaide x de org jual, maknanya kena buat sendiri la klu nak makan, ye tak :)


Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...