assalamualaikum....................

sarapan dgn nasi goreng kimchi. ini smlm punya sarapan ye, bkn hari ni ;) lambat bebenor nak msk dlm blog.  kimchi yg aku buat tempoh hari rupa2nya dh nak habis. tah sape je yg mengerjakan kimchi aku ni. nmpknya kena buat lagi. kena buat stok byk2 sket. sbb kimchi dh tinggal sket sgt, hanya blh buat tuk nasi goreng. buat dlm portion yg kecik je. tuk 3 org makan.

setelah meneliti beberapa resepi, aku dapati cara penyediaan nasi goreng kimchi sama je dgn nasi goreng yg kita buat. cuma bahan asasnya kena lah ada kimchi. dh nama pun nasi goreng kimchi :p kimchi ni klu mkn mcm tu je masam tp bila buat nasi goreng, sedap la plak. at least blh masuk la kat tekak aku. org lain aku tak tahu lah.

aku buat tak ikut mana2 resepi sbb bhn2 dan cara penyediaan terpulang pada kita. tp tuk panduan, blh refer kat beberapa web masakan korea yg aku slalu skodeng spt maangchi, aeri's kitchen, migi's kitchen & beyond kimchee. jgn korang ikut bulat2 bhn2 derang ye. ada yg kita tak leh mkn tu, skip je atau tukar dgn bhn lain. klu ikut resepi tak de letak cili api, tp ikut selera aku, kena ada rasa pedas sket baru sedap kan. bhn2 plak, apa yg ada kat dapur je. dan aku tak de sukatan, campak ikut rasa je :)


Kimchi Fried Rice

bahan2:
nasi
bawang besar
bawang putih
kimchi dan air/jus kimchi
cendawan enoki
celery
telur
cili api (tumbuk) - optional. sape tak suka pedas, tak payah letak
kicap cair
daun bawang & bwg goreng sbg hiasan

cara2:
- tumiskan bwg besar dan bwg putih hingga layu, masukkan cili api. goreng sebentar agar cili api masak.
- masukkan kimchi dan goreng sebentar.
- masukkan cendawan enoki dan celery yg dh dipotong kecil. goreng hingga empuk.
- masukkan nasi dan goreng sebentar.
- masukkan  jus kimchi. jus kimchi tak perlu byk sgt, nnt masam. perisakan dengan kicap cair.
- tuangkan telur yg dh dipukul dan gaul nasi agar sebati. klu nak masak telur mata pun blh, skip step ni.
- bila nasi goreng dh masak, tabur bwg goreng dan daun bawang sebagai hiasan.


Labels: , | edit post
Reactions: 

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...