assalamualaikum.............

selamat berpuasa kepada yg berpuasa, yg tak puasa duk diam2 :p dh ada plan apa nak buka puasa petang nnt? huhhh....awalnya korang plan. aku mcm biasa la. time keje ni tak de la nak plan segala macam. smpi rumah je dh jam 7 lebih. hadap je la apa yg mak aku masak atau kuih muih yg dia beli. aku tak byk songgeh pasal makan ni. apa2 yg mak aku masak, sedap la pd tekak aku. nk singgah pasar ramadan plak malas, org bersesak2.

sebenarnya aku nak tayang muffin yg aku buat tempoh hari. lagi skali entry terlewat :p ni kali ke-2 try buat muffin. sian......baru 2 kali. org dh berpuluh kali dah ^_^ . bukan apa, pertama kali wat muffin, umpama gunung berapi meletopsss kebabommm meluahkan lavanya. aku pun tak tahu mana silap. yg pasti, bkn silap resepi sbb ramai org buat resepi yg sama, ok jer. mesti aku yg silap mana2. silap teknik ke atau mmg tak de skil. huaaa....terbantut keinginan tuk try wat muffin lagi. mmg tak berjodoh kot dengan muffin ni :(

tp bila aku merayap2 kat blog izah pecinta muffin tu, baanyaakkkkknya muffin die. rajin sungguh dia wat muffin. mmg muffin lover la dia tu. pastu, aku pikir, why not try skali lagi, kot2 la ok nnt. cari2 resepi yg sesuai dgn brg2 yg ada kat rumah, aku wat yogurt muffin coklat chip. dan hasilnya, ada improvement la dari yg first tu. klu dulu tu langsung tak de rupa muffin, kali ni elok jer terletak dlm cup tu, tak mengalir kuar. tp coklat chip ku cair bila masuk oven. tah apa kena tah. nasib la, tu je stock yg ada kat rumah. rasa dia plak, ni yg nak nangis lagi skali ni, aku hanya dpt mkn separuh je masa mula2 masak. bila nak rasa lagi, dh habis. sape la makan tak ingat kat org tu. agak2, ok la kot rasanya. klu tak ok, mesti tak habis tu. tak pe la, next time buat lagi. resepi asal yg cun melecun muffinnya di sini. thanks to izah. resepi aku copy paste ye ;)


YOGURT MUFFIN COKLAT CHIP
sumber: izahdaut

bahan:
1 cawan tepung 
1/3 cawan gula
1/2 sk soda bikarbonat
3/4 sk baking powder
1/4 sk garam
1 biji telur
1/2 cawan yogurt natural low fat *boleh guna jenis apapun
1/3 cawan susu segar
1/2 sk vanilla essence
2 sb butter cair
*1/2 cawan coklat chip

caranya:
Satukan tepung, baking powder, soda dan garam. Ayakkan ke dalam mangkuk yang besar. Satukan gula.Ketepikan.
Sebatikan yogurt bersama telur sehingga licin dan sebati. Kemudian masukkan susu, butter cair dan vanilla. Gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi.
Gaul sekadar tepung bersatu dan sendukkan terus ke dalam muffin tin. 
Bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.
Labels: | edit post
Reactions: 

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...