Assalamualaikum………….

Pe kabar visitor2 yg terjumpa blog ni? Huaaa.....rasa nak nangis je tgk blog yg sunyi sepi bagai tak bertuan ni. Skang ni aku byk ltk artikel2 saja, itu menandakan aku dilanda kebizian tp sbb tak nak bg blog ni tak berupdate, aku letak la apa2 yg aku baca dan rasa elok jugak tuk dikongsi dgn org lain. Klu rajin baca, klu dh baca, baca la lagi. hehehe..........

Skang ni, bizi part-1 berakhir, bizi part-2 baru je bermula. Bizi smpi raya la nmpknya ni. Dan sebab bizi ni jugak la aku dh lama tak main masak2. Dh gian rasanya nak membaking. Hari minggu lepas, aku lps geram, buat cheese cake yg dh aku bookmark resepi ni tuk try. Tambah lagi cream cheese yg aku beli tah bila aku pun tak ingat baru je expired beberapa hari yg lepas. W/pun expired, aku guna gak sbb cheese tu aku simpan dlm freezer, beku dah. Errr…….ok kot. Aku buat hari ahad, hari ni hari selasa, perut aku masih sihat, maknanya ok lah tuh. Huhu…………

Resepi ni aku dapat dari blog HaSue kat sini. Klu tgk rupa kek ni, hmpr sama dgn Cotton Soft Japanese Cheesecake yg aku buat dulu tp katanya ringan, gebu dan lembap2 basah gitu. Mmg betul kek ni jenis yg basah2 smpi mak aku kata mcm tak masak je. Aku pun dh cuak dah. Boleh mkn ke tak nnt ni. Tp bila mkn, rasa ok je. Rupa2nya mmg mcm tu kejadian kek tu. Legaaaa……… Klu mkn time sejuk2, sambil tgk tv, perghhh…….wa cakap sama lu. Mabelesss…….

Klu tgk sukatan resepi yg diberikan oleh cik hasue, kita blh kurangkan atau lebihkan sukatan susu bergantung berapa besar/tinggi kek yg kita nak. So, tuk kek yg aku buat ni, aku guna susu 400ml. Gila tamak sbb nak dpt besar. Hahaha…… Bkn pe, kek sebegini lebih afdal diagihkan2 kepada org yg di luar lingkungan rumah aku jugak, kena la buat besar sket kan. Pastu aku tambah parutan lemon dari sebiji lemon dan jus lemon dari separuh lemon yg dah bogel kena parut tu :p Bila makan, terasa sgt wangi dgn bau lemon dan manis pun just ok jer. Topping tu aku letak blueberry filling.

Kali ni tak byk gmbr yg jadi. Aku klu tangkap gmbr mmg fail sokmo. Layan je la gmbr yg ada ni. Klu nak tgk step2 nak buat kek ni blh pergi kat sini. Thanks pada cik hasue atas resepi yg best ni.



Light Cheese Cake
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan:
• 175g cream cheese - aku guna lebih 200g. malas nak simpan balance yg secoet tu
• 400ml susu segar/perisa strawberi/perisa coklat - aku guna yg plain
• 90g mentega/ marjerin
• 90g tepung gandum
• 90g gula halus
• 4 biji telur A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon - tambah parutan lemon

Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.
Labels: , | edit post
Reactions: 
4 Responses
  1. HaSue Says:

    Terima kasih yer sebab dah cuba resepi nih.. kalau takmo basah2 bleh laa tambah kan tepung atau kurangkan sedikit sukatan susu.. :)
    nampak sedap jer kek atas ni..sapa plak kata failed bab amik gamba ni.hehe


  2. Rini Jy Says:

    time kasih cik hasue sudi singgah.
    siap bg tips lagik :)


  3. sall Says:

    waaa....lps ni buat cheese doyan pulak ye. Buat tuk sall k. :)


  4. Rini Jy Says:

    wah....idea yg menarik. nnt aku carik resepi dulu ;)


Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...