16 Nov 2015 

Assalamualaikum........

Selamat berhujung minggu sume. Masih tak abis cerita trip ke Korea nih. Takpe, lagi 2 entry je nak abis. Hari ke-7, konsepnya adalah "touch and go" sbb nak cover tmpt2 yg tak sempat pegi gara2 hujan 2 hari. Hari ni kami pergi Bukchon Hanok Village, Gyeongbokgung Palace, Gwanghwamun Square dan KBS.

Kami bermula di Bukchon Hanok Village dan terus berjalan sampai ke Gwanghwamun Square. Sepanjang perjalanan dari Bukchon Hanok Village hingga ke Gwanghwamun Square tu byk tmpt2 lain yg boleh kita pergi. Ada muzium dan istana yg lain gak tp aku dh lupa namanya ^_^. Kat area ni je blh abis satu hari klu pergi semua tmpt. More info: Gwanghwamun Area

Bukchon Hanok Village ni ialah kawasan perumahan yg masih mengekalkan ciri2 rumah lama zaman Joseon Dynasty. Di sini kita dapat lihat keindahan dan keunikan seni bina rumah lama ni. Kawasan Bukchon Hanok Village ni besar so kami tak cover semua tmpt. Dah konsepnya "touch and go" kan. Sbb tu kami tak de pergi tmpt2 yg disebut sbg Bukchon 8 Spots.

Bukchon 8 Spots ni adalah tmpt di mana pengunjung dpt melihat keindahan hanok dan lorong2 di kwsn tu dan sgt cantik klu ambik gmbr kat situ. Blh tgk kat web ni utk lebih info: Bukchon 8 Spots

Direction: Subway - Anguk Station (Seoul Subway Line 3), Exit 2. Go straight for about 300m to arrive at Bukchon Hanok Village. Klu nk ambik map atau nak dpt info boleh pergi ke tourist office kat area tu.



















Dari Bukchon Hanok Village, kami berjalan hingga sampai ke Gyeongbokgung Palace. Pada asalnya tak nak singgah tp sbb kami smpi tu adalah masa untuk acara pertukaran guard istana so kami singgah jugak la nak tgk Guard Changing Ceremony. Pertukaran guard ni dibuat 3 kali sehari iaitu pada 10am, 1pm & 3pm. More info: Gyeongbokgung Palace

Direction:
Subway: Gyeongbokgung Palace Station (Seoul Subway Line 3), Exit 5 OR Gwanghwamun Station (Seoul Subway Line 5), Exit 2

Gwanghwamun Gate


Gyeongbokgung Palace











Di seberang jalan istana ni terletak Gwanghwamun Square. Gwanghwamun Square ni adalah kwsn lapang di tengah2 bandar dan terletaknya tugu King Sejong the Great, raja yg mencipta Hangul (Korean alphabet) dan Statue of Admiral Yi Sun-Shin. More info: Gwanghwamun Square

Direction:
Subway     
1) City Hall Station (Seoul Subway Line 1 & 2), Exit 3.     
2) Gyeongbokgung Station (Seoul Subway Line 3), Exit 6 & 7.    
3) Gwanghwamun Station (Seoul Subway Line 5), Exit 1, 2 & 8.      
* Connected to the underground exit.


King Sejong


Admiral Yi Sun-Shin



Masa kami kat sana, kebetulan ada pameran bomba. Dorang baru nak susun2 barang kat sana. Sempat amik gmbr kalendar abam bomba sado je. Orangnya tak sampai lagi agaknya :D












© 2010 - 2016 rinimemories - All Rights Reserved.
Labels: , , | edit post
0 Responses

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...