16 Nov 2015

Assalamualaikum........

Entry terakhir pasal trip ni. Malas dh aku nk menulis panjang2. Lagi pun ingatan dh semakin kabur hahahaaaa............ Sambungan dari entry lepas, dari Gwanghwamun Square, kami naik subway terus ke KBS. Subway ni mmg di penghujung Gwangwhamun Square ni ye. Senang je nk jalan2 kat Korea ni. Sistem public transport dorang mmg bagus. Bayangkan org yg first time dtg mcm kami ni pun mampu lepas ke sana sini hanya menggunakan subway dan bas.

Sebenarnya tak de pun plan nk dtg KBS ni tp sbb byk lagi masa sblm kami pulang ke GH, moh la kita meronda ke KBS. Sape2 pengguna Astro yg kaki K-Drama mesti tau channel KBS World tu kan. Kat KBS ni kita bukan masuk kat tmpt dorang bekerja tu tp ada satu bahagian yg dikhaskan utk visitor. So jom la kita tgk secara dekat mcm mana rupanya KBS tu.

Direction:
[Subway]
1) National Assembly Station (Seoul Subway Line 9), Exit 4.
2) Yeouido Station (Seoul Subway Line 5 or 9), Exit 3.
The KBS building is located within 20 minutes walking distance of the station.







Konti radio under KBS. Blh tgk dr luar. Biasanya bila ada jemputan artis, ramai la yg dtg tgk dari luar. Nmpk tak kertas putih kat belah luar tu?

Ini dinamakan booking tmpt duduk depan tingkap utk melihat retis nnt hahaha..... Gigih betul fans k-pop ni. Bkn org luar, warga tempatan jugak yg buat ni. Sape la agaknya yg nk datang.

Tu dia. Tulis mcm VIXX je. Mmg ada ye boy group nama Vixx. Masa aku dtg sana 16/11, Vixx nk dtg 18/11. Giler awal dorang datang cop tmpt. Siap bg no. phone lagi tu hahahaaa.....





Dh masuk screen tv ^_^






Sape kenal mamat rmbt gulung2 nih





Berangan masuk tv



2 day 1 night


Cuba2 jd pembaca berita plak




Ada tingkap yg boleh tgk tmpt kerja sebenar

Sedang practice muzik

DJ radio





Lepas habis ronda2 dlm KBS tu, kami ke subway station nak balik GH. Tak jauh dr kwsn KBS tu, lalu kat deretan kedai2 tepi jalan yg view dia pun tak kurang hebatnya. Daun2 kuning masih byk kat sini. Smpi satu area ni, byk sungguh daun2 kuning yg dh gugur. Masa tu org tak ramai yg lalu lalang. Kedai2 kat sana pun baru nak buka so mmg tak ramai lagi la org. Apa lagi, ambik kesempatan la main baling2 daun. Lagi pun hari terakhir kan, buang tebiat la masing2 hahaha.....





Konon2 daun berguguran la tuh :P


Betul2 depan kedai nih. Nasib baik tak kena halau dek tokey kedai hahaha.....

Habis main jom pulang



Sampai di Myeongdong kami terus ke Caffe Bene tuk alas perut. Konon tak nak mkn berat2 sgt siang ni sbb mlm nak makan puas2 di Yang Good BBQ. Lagi pun mmg dh plan nak cuba Caffe Bene ni walau pun bkn peminum kopi tegar. Agaknya warga Korea ni mmg suka minum kopi kot sbb byk kedai kopi kat sini. So kena try mengopi kat sini walau pun sekali. Kat Malaysia dh ada branch Caffe Bene ni. Klu nak try sila lah google kat mana tmptnya.







Habis makan kami balik GH selesaikan apa yg patut. Badan penat bukan main lagi. Rasa tak nak dh berjalan. Klu boleh nak golek2 je atas katil. Agak2 badan dh cergas sket, kami gerak ke Gangnam untuk mencari daging kambing halal. Tmpt yg kami nak tuju ni namanya Yang Good Korean BBQ Lamb Restaurant. Kat sini dorang ada serve daging kambing yg diimport yg berstatus halal. So makan la tanpa ragu2 ye. Berapa harganya aku dh lupa tp rasanya lebih kurang je ratenya dgn kat Malaysia nih. Memandangkan arini adalah malam terakhir kat sini, so makan la puas2 sambil menghabiskan saki baki won yg ada hahahaa....

Direction: Yeoksam (Line 2).
Map: http://budgettravel2korea.blogspot.sg/2014/02/yang-good-halal-bbq-lamb-restaurant.html
Map: http://cafe.naver.com/yanggood/20

Disebabkan kami pergi dh malam, tambah pula dgn hujan dan sejuknya, mmg tak de la kami nak ambik gmbr kedai sbg panduan. Hanya pikir nak makan je ni sbb lapar. Tadi kan makan sket je kat Caffe Bene. Sampai sana tmpt dh penuh. Kena tunggu kat luar dulu smpi ada tmpt kosong. Tetiba ada org bagi salam. Terkejut kejap. Tak sempat cakap pape dia dh masuk. Rupanya kwn2 dia dh ada kat dalam. Tgk rupa mcm student je. Tak lama lps tu, owner dh panggil suruh masuk. Kalau tak silap kat bhgn depan kedai ni ada ditampal gmbr2 cert halal dan keratan akhbar kot. Boleh la nak kaji selidik klu mau.

Dh duduk, dh order, kejap je daging dh smpi. Pekerja sana tlg bakarkan dan potong2 bila dh masak. Side dish tetap ada, diberi secara percuma. Boleh refill lagi. Mcm mana rasanya? Mesti lah rasa sedap ^_^. Daging yg lembut, tak de bau kambing. Makan plak dgn side dish yg diberi, mcm best je rasanya.










Dh selesai makan, agak2 kudrat dh kembali pulih, kami gerak pulang tp nk singgah di Namdaemun market dulu, nk tambah souvenir. Aritu beli mcm tak cukup je. Tp malangnya sampai2 kat sana, bangungan E-lengdang dh tutup. Tutup awal rupanya kedai2 kat sini. Masuk plak bangunan sebelah, sama jugak. Dh nak tutup so dia tak bagi masuk. Tak pe, kita terus ke Myeongdong, gerenti kedai masih beroperasi. Setakat nk tambah mask, brg2 Nature Republic tu tak yah risau la. Kedai bersepah kat Myeongdong.



17 Nov 2015

Lepas shopping cepat2 balik GH nak pack barang dan cepat2 tido sbb pagi esok nk kena keluar awal dari GH ke airport. Minta Mr Bo arrange taxi ke airport dgn rate 70k won utk pagi esok. Flight jam 9.35am, so minta taxi dtg pukul 6am. Kat sini dorang mmg on time ye. Klu dh ckp 6am, 5.45am dorang dh smpi. Siap driver plak dtg ketuk pintu bilik nk ambik beg. Service mmg tip top.

Dh letak segala kunci bilik dan pocket wifi kat kaunter, naik taxi terus gerak gi airport. Smpi di airport, check-in, selesaikan segala hal2 imigresen, kami naik train ke tmpt berlepas. Beratnya kaki melangkah nk meninggalkan bumi Korea. Blm smpi rumah lagi dh rasa rindu. Patut la ada yg mengulang datang sini smpi berkali2. Perjalanan pulang ke tanah air lancar tiada masalah. Alhamdulillah selamat sampai ke Malaysia mengikut masa yg telah dijadualkan.

Secara keseluruhannya, aku berpuas hati dgn trip ni. Apa yg di rancang Alhamdulillah dapat dilaksanakan. Trip patner plak semua pun best. Dh adik beradik sendiri kan, berani nak buat hal dgn hakak hahahaaaa…… Tp mmg semua pun sporting dan sepakat dlm semua perkara. Kami bernasib baik perjalanan kami kat sana lancar tanpa sebarang masalah atau musibah. Tak de jumpa org jahat atau kena kacau. Alhamdullillah......

Insya'Allah jika ada rezeki, pasti akan ke sana lagi.



© 2010 - 2016 rinimemories - All Rights Reserved.
Labels: , , | edit post
0 Responses

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...