14 Nov 2015

Assalamualaikum........

Sambungan entry lepas. Dari Namsan Tower kami ke Itaewon untuk solat di Seoul Central Mosque, Itaewon dan lunch di restoran Eid, restoran Korean muslim, dijamin halal. Area yg sama dgn Muree tp masjid dan Eid ni ke depan lagi. Maknanya kena mendaki lagi. Bertabah la kaki huhu……….

Direction:
Itaewon Station (Seoul Subway Line 6), Exit 3.
Go straight 100m and turn right onto Usadan-ro Road.
Go straight 150m and turn left onto Usadan-ro 10-gil Road.
Continue 200m to arrive at Seoul Central Masjid on the left.



Kat subway nak ke Itaewon. Rasa mcm kaya ball. Sedap.





Kat Itaewon ni byk kedai makan halal sbb area ni ramai foreigner. Mmg tak de masalah nak cari makanan halal kat Korea.Yang penting ada won saje :) Nak beli daging halal pun ada. Blh masak sendiri klu nak jimat.






















Lepas solat, kami lunch di restoran Eid. Dari masjid, terus jalan ke depan sket dan jumpa kedai Eid sblh kiri. Kedai Eid ni adalah kepunyaan Korean muslim dan dorang pun ada Guest House yg hanya untuk muslim saja. Harga pun murah.

Kedai Eid ni cute je. Tak de la besar mana. Blh muat lebih kurang 15-20 org. Nasib baik masa kami sampai tu ada satu meja kosong. Yg sedang makan kat dalam tu semua muka melayu je :) Menurut owner, Mr Yusoff, dorang akan buka cawangan kat Malaysia minggu depan (ikut tarikh kami kat sana). Maknanya skang ni dh buka la kot tp kat FB dia tak de lak update pape. Kebetulan masa kami nak balik ke Malaysia, kami sama flight dgn Saad, anak teruna Mr Yusoff yg hensem tu  dan pekerja pompuan dia yg cantik melecun. Sempat anak buah aku tanya nak buka kedai kat mana kat budak pompuan tu. Katanya kat Shah Alam.

Pasal makanan plak, semua sedap je kat tekak kami ni hahahahaaaa…… Habis licin semua termasuk banchan (side dish). Lepas habis makan, kami dapat teh free. Teh plum ke peach, lupa plak tp sedap dan wangi. Home made katanya. Mr Yusoff sgt friendly. Siap cerita pasal anak sulung dia sedang study kat UIA amik master.













Alhamdulillah........



Acara wajib :)



Edit: Lupa plak Mr Yusoff ada bg brochure dia. Meh aku tepek kat sini.















© 2010 - 2016 rinimemories - All Rights Reserved.
Labels: , , | edit post
Reactions: 

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...