13 Nov 2015

Assalamualaikum........

Makin lama makin slow plak nak update blog. Ada je halnya. Bila ada masa terluang baru dapat nak edit gmbr dan update blog. Ni pun curi2 time lunch kat opis.

Hari ke-4 di Seoul. Mcm biasa keluar pagi2 dan plan hari ni nak ke N Tower, Haneul Sky Park dan DDP. Sebelum kami pergi ke N Tower, kami singgah kat Namdaemun Market dulu. Dekat je, seberang jalan je dari GH kami. Kami smpi sana, kedai baru buka dan gerai2 yg kat jalan masih belum buka lagi. Tak lama kami jalan2 kat sana tetiba hujan rintik2 plak. Makin lama makin lebat smpi terpaksa beli payung. Tak de nmpk tanda2 hujan nak berhenti, terpaksa kami tukar plan, shopping souvenir.

Dah alang2 smpi kat sini, kami terus masuk kat bangunan e-Lengddang yg berwarna hijau. Kat sini ada jual mcm2 brooch dan barang2 perhiasan diri. Jalan2 di lorong2 antara kedai2 kat sini, kami smpi ke pintu yg menghubungkan ke bangunan sebelah yg berwarna oren. Tak tahu plak nama bangunan ni. Kat sini pun jual souvenir gak spt set sudu dan chopstick Korea, FM, key chain dll.






Pandai cakap melayu. 5 ribu, 10 ribu.

Nombor kedai

Brooch murah2

Tuan kedai brooch

Nombor kedai jual brooch


Lepas beli barang, kami keluar. Hari masih hujan. Kami decide nak lunch kat GH je. Sambil jalan2 nak balik GH, jumpa plak kedai jual seaweed halal. Siap ada tanda halal lagi tu. Apalagi, borong seaweed la plak.






Hari masih hujan. Tak de tanda2 nak reda. Lepas lunch, kami gerak keluar nak ke Dongdaemun Design Plaza (DDP). Klu tgk design DDP ni mcm space ship ada jugak. Dalamnya ada design museum, exhibition hall, design shop dan segala yg berkaitan dgn design la kot. Kami cuma jalan2 je kat dalam tu, tak masuk mana2 pun sbb kena bayar ;) Klu pergi waktu malam lagi cantik kot.

Direction: Dongdaemun History & Culture Park subway station Exit 1


Gambar google. Pemandangan dari atas.




Klu tak nak naik tangga, blh jalan kat sini. Jalannya menaik/menurun ikut setiap tingkat. Selamat kaki :D








Dari DDP, kami gerak ke SM Town di Coex Mall. SM Town ni adalah tempat yg berkaitan dengan semua artis SM Ent. spt Super Junior, Girls Generation, Shinee, Exo dll. Peminat Kpop mesti tau ni. Kat sini ada kedai jual souvenir, ada café, ada studio, ada theatre dan macam2 lagi.

Direction: Samseong Station (Seoul Subway Line 2), Exit 5 or 6. COEX is directly connected to the station.



Acara menunggu artis keluar hahahaaaa. Makin lama makin ramai org. Tak kuasa aku nak tunggu lama2, dgn sejuk berangin lagi.



























© 2010 - 2015 rinimemories - All Rights Reserved.
Labels: , , | edit post
Reactions: 

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...