12 Nov 2015

Assalamualaikum........

Dh sebulan rupanya sejak menjejakkan kaki di bumi Korea. Rasa macam kejap je. Cerita pasal trip ni pun tak abis lagi :-)

Rasa rindu nak naik tangga, turun tangga dan mendaki bukit kat sana. Sgt2 berkesan mengurangkan diameter pinggang aku hahahahahaaa.............

Sebenarnya klu ikut plan, hari ni nak pergi Naejangsan. Naejangsan ni adalah salah satu gunung yg wajib pergi time autumn. Sgt2 cantik. Blh tgk kat blog A Traveller's Note.

Naejangsan ni luar dari Seoul, lebih kurang 2 jam naik train. Klu nak balik hari mmg boleh tp mcm terkejar2 je la tambah plak waktu siang pendek. So lps pikir2 balik, kami tak jadi pergi sana. Dgn masa yg ada ni pun, blm tentu dapat cover semua tmpt yg kami dh plan, yg ada di sekitar Seoul ni.

So, hari ni kita teruskan dgn plan pergi Everland. Direction nk ke Everland: Naik subway sampai Gangnam (Line 2), kuar Exit 10. Lepas tu jalan sikit sampai jumpa bus stop (bus stop no 3, gmbr bas kaler merah). Naik bas #5002. Tambang 2,100won, perjalanan dalam 50 mins. Nanti bila dah sampai, naik free shuttle bus pulak untuk ke Everland. Tiket 38000won lepas discount tuk foreign visitor. Nak lagi murah blh beli kat Cosmojin


Nampak tak gmbr bas kaler merah? Nampak tak org beratur tunggu bas? Respek!!!



Everland ni adalah taman tema yg terbesar di Korea. Salah satu tarikan kat sini ialah T Express, roller coaster yg diperbuat dari kayu dan mempunyai kadar kecuraman yg paling curam. Dh alang2 smpi sini, mcm rugi lak klu tak naik tp takuttttttt. Dalam rasa takut2 tu, ternaik jugak hahahahaaa...... Bila dh naik, ya Allah.....tobat dah aku nk naik mana2 roller coaster lepas ni. Laju bukan main. Pastu rasa mcm nak tercampak, terangkat2 badan. Masa mula2 jalan je aku mampu buka mata. Lepas tu tutup mata smpi abis hahahahaaaa........ Kagum dgn budak2 Korea yg naik siap angkat2 tangan.

Nak naik T Express ni, kena beratur panjang dan lama. Kami beratur 2 jam baru dpt naik. Itu pun dh kira awal gak kami smpi. Cuma buang masa sket nak cari jalan ke T Express ni.

Main gate

Magic Tree. Decoration pokok ni akan berubah ikut musim











Sky Cruise





Everland ni terbahagi pada 5 zones: Global Fair, Zoo-Topia, European Adventure, Magic Land and American Adventure. T Express terletak kat kwsn European Adventure. Dari main gate, nak ke sana blh naik Human Sky atau Sky Cruise atau Sky Way. Kami naik Sky Cruise. Klu tak naik ni, kena berjalan dan tak tahu berapa lama nak smpi tambah lagi klu tak jumpa tempatnya.


T Express is the 6th longest wooden coaster in the world at 5,838 feet (1,779 m) long. World's steepest wooden roller coaster (77 degrees)





Turun dari T Express, adik pompuan aku yg tak naik dh masam mencuka dah sbb dia kena tunggu lama. Sian dia :-) Dari situ kami terus gerak ke area Zoo Topia utk masuk ke Safari World dan Lost Valley. Kat sini kita akan naik bas dan masuk ke dalam kwsn binatang2 yg lepas bebas. Best.






Beruang ni berdiri betul2 sebelah bas. Driver akan panggil dia bg makan dan suruh pusing2 joget2.





Bagi zirafah makan

Dia buat muka comel :-)









Comeyyyy




Dh selesai kat 2 tmpt tu, masa tuk cari makan. Kat sini ada satu tmpt je yg blh kita makan. Nama restoran ni Snack Buster, kat zon European Adventure. Student2 Malaysia kat sini dh check dan kata kita blh makan satu dish saja iaitu Fish Cake Skewers. Tp klu rasa was2 nak makan kat sini, sila bawa bekal sendiri.

Aku tau ni pun bila tanya kat Malaysian yg aku jumpa dan tanya tmpt makan kot2 dorang tau. Nasib baik dorg datang dgn adik2 student yg amik upah jd tour guide. Dorg la yg bagi tau mana nak makan dan tmpt solat. Tmpt solat pun kat zon European Adventure, klu tak silap kat area Rotating House. Lupa plak nk amik gmbr masa tu sbb dh kepenatan. Lepas makan dan solat, kami pergi ke zon American Adventure naik Sky Way.


Fish Cake Skewers


Sky Way




Double Rock Spin di zon American Adventure

Mampu tunggang terbalik berpusing2 mcm ni??? Aku tgk dari bawah je hahahaaaa...... 

Hurricane







Last skali kami naik Hurricane, mcm piring terbang berpusing2. Naik itu pun aku dh kecut2 perut. Agaknya faktor usia kot. Dulu aku tak penakut mcm ni hahahaaaa......Masa ni dh gelap. Masa tuk balik. Klu ikutkan byk lagi game atau tmpt2 yg kami tak pergi. Rose Garden, Magic Garden, Miniature Garden pun tak sempat pegi. So kena plan betul2 nak pergi mana, nak naik apa. Klu tak rasa mcm rugi je dh smpi tp main takat 2-3 benda je.



© 2010 - 2015 rinimemories - All Rights Reserved.
Labels: , , | edit post
0 Responses

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...