11 Nov 2015

Assalamualaikum........

Hari kedua di bumi Korea. Plan hari ni nak pergi Pulau Nami. Oh ye, kami pergi ni tak guna travel agent, mmg kategori redah sendiri je. So pepagi lagi dh kuar. Nak pergi Nami Island naik subway smpi Gapyeong Station. Blh jugak naik bas tp bas bertolak 9.30am. Takut smpi dh lmbt dan org dh ramai.

Ermmmm………..mana plak subway yg kita kuar mlm tadi eh? Hahahaaaa……..bila dh terang benderang, dh tak ingat kat mn subway yg kami naik mlm td. Adik aku ni jenis jln menonong je ikut teragak kaki je. Mcm konfiden je kan tp tetap la tak jumpa. Sudahnya tah ke mana2 kami sampai. Dh jauh dr subway rasanya. Aku tgk balik landmark mlm td, Shinsegae mall dan lampu2 yg mcm kubah tepi jalan tu. Sah la dh salah jalan. Ok, kena seberang jalan menuju Shinsegae dulu dan barulah jumpa Hoehyeon Station. Dr Hoehyeon Station ni nk smpi ke Gapyeong Station tu, ada transfer line dan kena tempuh byk station yg lain. Bersedia la nak naik tangga dan turun tangga kat subway nnt.

Untuk memudahkan kita bergerak menggunakan subway, blh download apps Jihachul/Subway Korea. Sgt2 memudahkan perjalanan terutama tuk backpacker yg first time datang. Tp mcm mn senang pun, kena alert juga dgn announcement nk stop kat mn dan transfer line kat mn. Announcement ada dlm BI dan ada display BI gak. Nak smpi ke Gapyeong tu kena lalu byk station, jgn smpi terlajak station mcm kitorang sudah hahahaaa..... Terpaksa patah balik. Kan dh buang masa.

Direction to Nami Island: By Subway
1. Line 4 (Baby Blue Line), turun kat Dongdaemun Station
2. Line 1 (Blue Line), turun kat Cheongyangni Station.
3. Line Jungang (Turqoise Line), turun kat Sanbong Station
4. Line Gyeongchun, turun kat Gapyeong Station

Dh smpi kat Gapyeong Station, keluar belah kanan ada Tourist Information. Nk tanya pape pegi la sana. Sbb kami nk pergi Garden of Morning Calm sekali, so kami ambik Gapyeong City Tour Shuttle Bus. Hanya bayar 5000 seorang. Dgn harga ni kita blh pergi tmpt2 yg ada dlm laluan bas tu. So jimat la klu nk pergi 2-3 tempat. Tp klu nk pergi Nami Island je, baik ambik taxi je. Tmpt tunggu taxi dan bas adalah kat sebelah Tourist Info tadi. Dh naik bas, bayar tambang kat driver. Penuh jugak bas hari tu. Sampai ada yg berdiri.






Jadual bas dari Gapyeong terminal sampailah ke Garden of Morning Calm


Jadual bas nak patah balik ke Gapyeong terminal



Nak pegi Nami Island ni kena naik feri. Bayar 8000 seorang. Nasib baik org tak ramai masa kami smpi tu. Sdg aku berjalan menuju tmpt naik feri, staff sana cakap "apa khabar" Terkejut sat hahaaaa…… spontan aku jawab "khabar baik" tp entah paham ke tidak dia tu :)







  
 









Dh smpi kat Nami Island, dh ramai org rupanya. Nak ambik gmbr yg tak nmpk kepala org mmg susah. Jom layan gmbr yg berpuluh2 ni. Paham2 la klu page loading slow ye :)


Pompuan bogel setia menyambut kedatangan pelawat hahahaaa







From Nami with love













Daun pokok ginko yg kaler kuning dh gugur. Klu tak mesti cantik je dgn barisan pokok yg lurus tu








Kedai makan Asian Cuisine. Mula2 nk try nasi goncang tp adik nk mkn kat sini. Kena ikut pilihan ramai. Makanan kat sini sedap.





Tmpt solat ada kat Picture Library, tingkat atas











Metasequoia lane



Jun Sang oppa & Yoojin unnie

























Dari sini kami nak pergi ke Garden of Morning Calm. Bdk2 ni masih leka dgn kamera msg2. Cukup2 la ambik gmbr tu. Terlepas bas nnt lewat plak smpi kat sana.




© 2010 - 2015 rinimemories - All Rights Reserved.
Labels: , , | edit post
Reactions: 

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...