10 Nov 2015

Assalamualaikum........

Kesiannya..... Hari pertama hanya mampu ke Myeongdong saja hahahaaa...........

Lps check-in dan buat apa yg patut, kami kuar cari makan. Tmpt mkn yg kami nk pergi ni ialah Yoogane, di Myeongdong. Sbb keluar dh malam, tambah pula tmpt baru, jalan ikut gerak hati je. Tp gerak hati mmg tak leh pakai sbb dh pusing2 ke kanan ke kiri still tak jumpa hahahaaaa. Last2 masuk subway Hoehyeon Station, pergi Myeongdong. Dekat je sebenarnya tp sbb dh tak jumpa, naik je la subway.

Kuar dr subway, terus menuju restoran Yoogane Dak Galbi 유가네 닭갈비 . Restoran ni menjadi pilihan ramai blogger2 dan ada satu dish yg blh kita makan iaitu Marinated Seafood Fried Rice. Sedap lahaiiiiii…..mungkin sbb dh lapar, tmbh lak sejuk2 mcm tu makan nasi panas2 dan pedas. Klu tgk bahan2 dia, sama je mcm nasi goreng kita tp aku rasa yg buat sedap tu, dia punya chili paste. Ada juga rasa kimchi sket. Kita order, dorg akan masak kat meja kita. Aku jumpa ramai muka melayu kat sana hahahaaa……Mmg glemer lah kedai ni dikalangan pelancong muslim. Harga 5500 seorg.

Direction dari Myeongdong Station, ambil exit 6 or 7. Keluar dari Myeongdong Street, akan nampak Uniqlo sebelah kanan and Nature Republic sebelah kiri. Kemudian ambik ke kanan and jalan terus sampai nampak Yoogane Restaurant sebelah kiri. Blh tgk direction bergambar kat sini.















Lps makan, kami jalan2 kat Myeongdong. Ramainya manusia. Seramai2 warga Korea tu, still blh jumpa muka2 melayu. Pusing kiri, kanan, depan, belakang, mesti nampk. Begitu la ramainya org melayu tak kira la dari Msia ke, Indonesia ke, smpi kan peniaga kat sana pandai cakap melayu. Walaupun yg basic2 je tp terkejut jugak la dgr. 10 ribu, 5 ribu satu. Mari2 beli2 hahahaaaa...............



Antara peniaga2 yg pandai cakap melayu. Ini kuih halal, dari madu, tarik2 campur tepung jagung. Sedap. Tahan lama. Kemain dia.


Korean traditional taffy - TA RAE. Dari madu dan malt. Ada inti kekacang dan coklat


Byk kedai2 skin care kat sini spt Nature Republic, Etude, Tony Moly dll. Dlm pada tak nak beli pape tu, terbeli jugak mask Nature Republic. Ada sales katanya. Beli 10pcs, free 10pcs dgn harga 9500. Klu ikut rate skang ni, tak tau la murah ke tak tu




























Dh jalan sana sini, tetiba smpi kat Shinsegae Mall, kat tmpt mula2 kami pergi tadi. Sabar je lah. Mmg dh tau dh dekat je, Cuma tak jumpa jalannya hahahaaaa......Esok nak ke Nami Island.



© 2010 - 2015 rinimemories - All Rights Reserved.
Labels: , , | edit post
2 Responses
  1. suka suka Says:

    Hmm dah sampai Korea ya... tumpang seronok.. terima kasih berkongsi pengalaman... cepat2 up next story nanti lupa...


  2. Rini Says:

    alhamdulillah ada rezeki nk ke sana kak. itu pun mengikut adik je. klu sy sorang mmg tak sampai la jawapnya :)


Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...