Assalamualaikum........

sambil rileks2 tunggu waktu lunch habis, wat entry pasal kacang tanah ni dulu. dh lama dh simpan ni, seminggu sblm raya lagi tp atas sbb2 yg tak boleh dielakkan, perap smpi hari ni.

benih kacang ni beli dari tanamsendiri. ada dlm 10 biji rasanya. tanam pada 20/4, benih tumbuh cepat jugak, dalam masa 5 hari dah tumbuh. ada 6 pokok yg hidup dan membesar. tanam dalam kotak gabus putih dan sebatang terus tanam kat tanah nak tgk perbezaannya. tp tak de beza sgt pun dari segi jumlah isi kacang yg dihasilkan.

seminggu sblm raya, pada 1/8, cabut kacang tanah sbb daun dh kekuningan. mak aku pun dh bising dh asik tanya bila nak cabut. dia pun excited jugak ^_^. dari 6 pokok tu, dapat la 27 biji kacang. setiap biji ada 3 ulas isi kacang dalamnya. sikit je isinya. tak pasti sbb apa. mungkin sbb tanah x sesuai atau tak cukup baja. gmbr isi kacang yg dh kopek tak dpt nak snap sbb kali ni bapak aku pula excited nak rebus. sdg aku mandi dia dh masuk periuk dulu nak rebus :D

w/pun isi tak byk tp sgt puas hati atas percubaan pertama ni. rasa kacang rebus yg baru di cabut mmg lain dari yg dibeli di pasar. rasa manis dan isinya penuh dan padat sbb dh cukup matang. teringat masa kecik2 dulu masa tolong mak cabut kacang yg ditanam. mmg puas kami makan adik beradik. lepas ni nak beli benih dan tanam lagi.

yg dlm kotak daun hijau muda sbb terlindung sket
yg di tanah daunnya lebih hijau gelap sbb terima matahari sepanjang hari
mula berbunga
cantik bila bunga keluar skali byk
yg tajam tu akan masuk ke dlm tanah dan jadi kacang.
isi kacang dlm proses pembesaran
daun dh kuning dan layu
masih ada isi kacang yg muda sbb salur kacang sentiasa keluar untuk membentuk isi kacang yg baru
alhamdulillah.........



© 2010 - 2013 rinimemories - All Rights Reserved.
Labels: , | edit post
Reactions: 
4 Responses
  1. suka suka Says:

    Assalam Rini.. sedap kacang tanah tanam sendiri .. akak dah semai semula minggu lepas.. kali ni benih dari diana..


  2. Rini Says:

    w'salam kak,

    mmg sedap yg tanam sendiri. sy pun nak try juga yg diana punya. jgn lupa tulis pasal kacang tu nnt kak :)


  3. baity's Says:

    dah lama tak makan kacang rebuss..


  4. Rini Says:

    baity.......kat pasar pun susah nak jumpa skang ni ;)


Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...