Assalamualaikum........
kali ni cerita pada hari raya pula. bukan cerita pasal pegi beraya, kuih muih atau hidangan raya, tp nak cerita pasal radis cherry belle yg di cabut pd pagi raya. org sibuk datang raya, aku dgn adik sibuk cabut radish .
pokok radish ni tanam pada 23/6. peringkat awal, anak pokok radish tinggi lampai dan ubinya lambat terbentuk. dari pemerhatian, bila letak bekas semaian di bawah teduhan, batang anak pokok akan jadi panjang/tinggi untuk dapatkan cahaya matahari. ini menyebabkan ubi radish tak terbentuk dgn cepat. apa aku buat, tanam balik anak pokok dari akar hingga ke batang dan tinggal cabang daun yg pertama ke atas. bila buat mcm ni, barulah ubi radish cepat terbentuk dan membesar. hasilnya dapatlah ubi radish yg bulat2 comel dan warna merah yg menarik tu.
bg aku, rasa radish ni pahit dan pedas. mmg bukan citarasa aku la. mcm mana org barat tu mkn buat salad dgn rasa pedas dan pahit mcm tu? mungkin dorang dah biasa. so, apa aku buat dgn radish ni? tak buat apa2 pun sbb lepas cabut, kembali sibuk dgn raya, langsung lupa dah :) tgk balik dlm fridge, dh kering. masuk blk dlm tmpt kompos. rugi jerrr........... tp ada juga jumpa resepi radish ni di masak dan rasanya akan "mild" sket. next time blh try.
anak pokok yg dh ditanam semula. tinggal daun je atas permukaan tanah. |
dh besar dan dh nmpk isinya |
kecik sket dr bola ping pong |
bentuk lonjong pun ada |
mcm2 size dan bentuk |
daun radish ni pun blh makan sebenarnya. pun rasa pedas gak |
selepas dibersihkan |
© 2010 - 2013 rinimemories - All Rights Reserved.
Kalau biasa makan mesti sedap... mcm lobak putih ada kata maung la ... ada bau la.. akak dah biasa makan tk de la nk komplen :)
betul tu kak. lidah baru berkenalan dgn radish jenis ni. klu lobak putih tu, x de masalah tambah lagi klu yg fresh baru cabut tu :)
cute cute bentuknya.
diana,
sbb bentuk yg cute tu la yg teringin nak tanam tu :)
salam rini, pernah tanam jugak ni..daun subur mcm dlm gambar rini..tapi bila try korek..takde bentuk ubi pun..
nadia,
mungkin masa benih tumbuh, batang pokok terlalu tinggi sbb apa yg rini peratikan, ubi terbentuk dari bahagian batang dan batang perlu berada dalam tanah utk membentuk ubi. macam tu kot. hehehe...
okey kalau macam tu..sy cuba lagi..makna nya batang tu sentiasa di top up dengan tanah kan...
nadia,
sy korek balik dan tanam dalam sket, biar daun je kat paras tanah tu. cuba la, mungkin boleh.