Assalamualaikum...

selamat pagi sume. buat apa pagi2 ni? aku baru lepas exercise ni ha. start 7am tadi smpi 8.20am. berpeluh2, penat tp best. last week aku start exercise balik, tuk 1-2 hari yg pertama, badan akan rasa sakit2. rasa mcm org tua plak sakit2 badan cenggitu :D tp skang dh ok sket. aku ikut video yg di d/load dr youtube je.

mcm dh lama sgt x update pape kan, kali ni nak letak resepi dr kak nor secubit garam iaitu kek pisang bercoklat. tp aku tak ltk coklat sbb ini first time buat jd tak tahu tahap kemanisan dia mcm mana. tambah lak guna pisang manis. bila dh rasa, manis sedang elok je, so klu buat lagi next time, kena kurangkan gula baru leh tambah coklat. rasa kek pisang ni mmg sedap tambah lagi makan panas2. sbb nak makan panas2 punya pasal, kena lah potong lps masak. bayangkan makan kek pisang tgh2 malam, menambah lemak je. tu lah.... sape suruh membaking mlm2. sbb tu lah skang ni gigih nak exercise bagai :P

aku ambik sket dr adunan tuk buat muffin pastu tabur chocolate rice atas tu. resepi kak nor kat sini. thanks kak nor share resepi yg sedap ni. resepi cnp kak nor punya.




KEK PISANG BERCOKLAT
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
250gm mentega
3/4 cawan gula caster
2 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur gred A
1 cawan pisang yg dilecek
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
150gm coklat masakan - diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang

Cara:
Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega dan taburkan tepung.
Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. K.Nor hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul2 kembang dan gebu. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
Masukkan coklat yg telah diparut dan gaul tapi jgn terlebih gaul nanti coklatnya menjadi hancur.
Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.
Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lg cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup




Labels: | edit post
2 Responses
  1. K.Nor Says:

    salam rini.. mekasih sudi mencuba resipi ni.. nampak cantik lak bila dibuat dlm bentuk cupcake dn dgn taburan choc rice gitu :)


  2. Rini Says:

    salam kak nor. thanks sudi singgah. mmg best kek pisang ni :)


Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...