assalamualaikum................

ni bkn muffin sbg desert ye. tak manis pun. ni savoury  muffin. sbg b/fast blh, lunch blh, minum ptg pun blh. boring asik mkn nasi lemak je pagi2. lemak pun dh bergayutan sana sini, sesekali buat muffin ni sedap gak. tp nama nak kena tukar lah kot sbb aku guna sardin instead of tuna. kasi abis belen sardin yg ada, ngam2 je buat satu adunan. ikut resepi kak yani dari myresepi kat sini.

selain tu, aku tambah daun bawang dan carrot yg dh di sagat dan juga tambah sket susu spy tak dry sgt. lebih kurang mcm kita buat cekodok juga la. bezanya yg ni dibakar. last skali aku tabur cheese kat atas adunan dan letak sos pada sebahagian cup. aku lagi suka yg letak sos.




Tuna Cheese Muffin

Bahan-bahan ( 9 biji m saiz )

  • 1 biji telur
  • 10g/1.5 sk gula
  • 1sk baking powder
  • 120g tepung gandum
  • 1 tin/80g tuna
  • 50ml susu segar
  • 50g pizza cheese
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Ayakkan tepung, baking powder dan garam. Panaskan oven sehingga 180C
  2. Pukul telur dan gula sehingga gula hancur.
  3. Masukkan tuna bersama dengan air atau minyaknya. Kacau sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit semi sedikit berselang seli dengan susu segar
  5. Akhir sekali masukkan cheese. Kacau rata.
  6. Kemudian isikan adunan ke dalam muffin tray. atau muffin cup. Bakar selama 20 minit. 

 

Labels: | edit post
Reactions: 

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...