assalamualaikum................

suka sangat gmbr kat atas tu dgn air laut yg membiru. SubhaanAllah......

team building ni dijalankan sempena SQ Negotiation Training  yg dihadiri oleh SEA sales team dari S'pore, Indonesia dan M'sia. derang training start dari 30 nov - 1 dec. kitorang joint 2 dec tuk team building saja, sume staff dan operator dari M'sia dan Indonesia office joint skali.

2 dec, smpi kt avillion hampir 9am. terus start team building kat beach. buat rakit dan kena berkayuh ke laut. nasib baik team aku 5 org, so aku selamat tak yah msk laut. hehehe..... masa tu ombak agak kuat sbb lepas hujan. w/pun tak berakit, tetap kena masuk laut masa nak ajar guna life jacket. rasa mcm nak hanyut je masa ombak datang.

lepas aktiviti pertama tamat, pegi lunch dan check in. ptg smbung blk tp buat indoor activity  sbb kat luar hujan. management games yg dibuat sgt seronok dan aku nmpk teamwork yg sgt kuat untuk menang w/pun hadiah dia bath towel jer. haha...... sape suruh cari hadiah last minit, itu je lah yg aku blh pikir. nak wat printing pun tak sempat dah.

mlm dinner Portuguese bake seafood buffet. sedap gak. mlm tido dgn nyenyak sbb kepenatan. huhu....

3 dec, check out lps lunch.

w/pun agak kelam kabut nak organize benda ni sorang2 dgn short notice dari boss, alhamdulillah sume berjalan lancar dan mencapai objektif yg dimahukan. sume pun sporting. dari GM ke sales manager, sales exec, office staff dan operator sume pun blh mingle together dan sume pun asik ketawa dan buat joke je. time ni la kita blh tgk mcm mana sikap boss luar waktu kerja. sama je dgn kita yg biasa2 ni :p 

last sekali, ber"tai chi" dgn tai chi master dari mana tah. sebenarnya byk lagi gmbr aktiviti2 lain tp tak leh nak letak sbb amoi2 tu sume berseluar kontot. sbb tu byk gmbr lelaki2 macho je. harap maklum ^_^

water chalet. bilik sgt selesa. blh tuk 4 org tidur. aku tidur sorang2

pemandangan malam yg cantik

water chalet - mlm2 bunyi ombak kuat sgt. bos2 sume komplen. dia yg pilih, dia lak yg komplen. ceh.....aku tukang arrange jerr......

garden chalet. baru perasan dua2 gmbr tangga :D sebenarnya suka dgn pokok2 tu
pet farm. blh masuk kandang bg makan dan ambik gmbr

laluan di tengah2 swimming pool tuk kanak2

jln2 cuci mata...

kiri kanan depan belakang pokok





p/s: skang ni malasnya nak update blog. rasa nak stop berblog pun ada tp rasa sayang lak nak biarkan blog ni.
Labels: , | edit post
4 Responses

  1. Rini Says:

    yup...best tp penat gilerr....


  2. Anonymous Says:

    boleh tanya bape ye diowg charge per pax?


  3. Rini Says:

    charge depend kat package yg kita ambik. nak kena tgk quotation balik tp kat opis la.


Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...