assalamualaikum..............

beberapa minit lagi nak berbuka ni. mesti ramai yg sdg prepare tuk berbuka. aku baru balik keje ha. mandi pun tak lagi. lps buka baru mandi wangi2 ;) mcm ni la hari2. jln jem sbb tepi jln ada bazar ramadhan, boleh gitu??? pastu penat time puasa ni lain macam. asik mengantuk jer. baru hadap buku 5 minit dh terkulai :p

ahad lepas aku buat trifle tuk abiskan balance2 kek butter yg aku buat sblm puasa. dh masuk bln puasa ni, tak de org nak bg habis. bkn leh mkn2 siang hari. mlm lak tak lalu dh nak mkn kek. so, cari2 resepi, terjumpa resepi trifle ni. resepi dari kak hanieliza, otai masakan yg terkenal tu.

trifle ni ada 3 layer, bwh skali kek, pastu kastard dan atas buah2 campuran dan diakhiri dgn kristal jelly. so, yg kena msk cuma kastard dan jelly je. time aku masak kastard tu, aku tak sure aku letak terlebih susu ke tidak, tp kastard aku tak pekat mcm biasa. bila sejuk, dh jd mcm tau fu fah dh tekstur dia. tp sedap dgn rasa lemak susu tu. pastu bila curah atas kek, dgn kek skali tenggelam^^ patut jd layer atas kek. bila nak hidang, sedikit lembik, jd tak cantik la tegaknya mcm kak liza buat. buah cocktail sume menggelungsur jatuh. hahaha........

resepi ambik kat sini. pasti akan dicuba lagi.


TRIFFLES

Bahan-Bahan:

1 bungkus kek swiss roll - aku guna kek butter
1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry - perisa oren
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula - guna 2 sudu je sbb kek dh manis
3 cawan susu segar

Cara:
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk.


ha.....tgk la tpg kastard yg tak pekat dh menenggelamkan kek
anggur sekadar hiasan^^ tp sedap gak makan fresh fruit dgn trifle ni
Labels: | edit post
Reactions: 

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...