salam.....mesti ramai yg dah start cuti raya ni kan. aku start cuti hari khamis. buatnya bebetul raya hari khamis yg mcm kes sms tu, tak ke haru. byk benda tak buat lagi ni. cpt btl smpinya raya kali ni. pejam celik pejam celik dah nak raya.

berbalik kepada entry, antara kuih raya yg mesti ada tetiap tahun. lama dah simpan resepi ni. aku pun dah lupa mana aku salin. terima kasih la ye pd tuan punya resepi. tapi aku tgk resepi lain2 pun lebih kurang jugak. cuma kena pandai improvisekan sket.

Cornflakes Madu

Bahan:
1/4 cawan mentega
1/4 cawan madu
1 sudu makan gula
4 cawan cornflakes
1/2 cawan kacang tanah - rendang tanpa minyak, tumbuk kasar

Cara:
Mentega, Madu dan gula dimasak hingga mentega cair, guna api yg kecil.
Masukkan cornflakes dan kacang tanah ke dalam bekas.
Tuang bahan2 yg dicairkan tadi ke dalam bekas cornflakes.
Gaul rata dan masukkan dalam paper cup.
Susun dlm loyang dan bakar selama 10 minit atau bila cornflake dah berwarna keemasan.

Labels: , | edit post
Reactions: 

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...