salam........

kena pegi brunei ke nak mkn biskut ni? tak perlu.....kat dapur rumah sendiri pun boleh, tp kena bakar sendiri la ye. hehehe........errrr.......mmg asal brunei ke biskut ni? ontah...akak tak tahu....

ni first time buat biskut ni. selama ni mcm tak heran je bila dgr nama biskut suji. tp bila ramai yg kata sedap, cuba try test la. blh tahan rupa2nya. gigih anak buah aku tolong gentel2 kuih ni. nak tlg sgt, last2, dia yg serender dulu. resepi aku ambik dari blog maklang. kat sini. thanks maklang :)


SUJI BRUNEI
Sumber : Harlina Mahdar RNet

200gm minyak sapi (gheeblend)
100gm Shortening
180gm gula kaster
100gm cornflakes - kisar halus
1 biji kuning telur
80gm tepung jagung
80gm tepung suji
tepung gandum secukupnya - tak de sukatan - sampai jadi doh je

Bahan sadur:
susu tepung + Nestum Kisar + (gula aising)

*(mklang guna susu Everyday jadi tak perlu campur dengan icing sugar sbb dah sedia manis)

- aku tak letak gula ising sbb manis dah ok dan susu tepung letak sket je. not a big fan of susu^^

Cara:
- satukan minyak sapi, shortening dan gula. gaul hingga lembut
- masuk kuning telur. pukul lagi. masuk bahan2 lain.
- akhir sekali masuk tepung jagung sedikit demi sedikit. uli hingga menjadi doh.
- terap dan bakar.
- dah sejuk salut dengan susu tepung + nestum kisar + (**gula aising) agak2 kalau dah manis tak yah letak gula


Labels: , | edit post
Reactions: 

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...