salam lagi sekali^^ ambik kau, entry back to back katanya. hahaha.....
kali ni, biskut yg mmg cepat habis time raya. dan sbb biskut ni jugalah, dah 2 tahun berturut-turut, aku kena bergelumang dgn tepung untuk kali kedua selepas raya. adik2 aku nak tapau bawa balik U, kuih dah abis, kena la buat lagi sekali. org dtg rumah tuk raya, aku kat dapur bakar kuih raya^^
resepi ni pun ambik dr blog maklang, kat sini. nak buat senang, bila makan sedap dan ranggup. tp aku ada buat silap time ni. buat dua adunan tp tang serbuk penaik, letak ikut satu adunan je, result dia, biskut tak berapa kembang. dah lah aku gentel kecik2 come lote je. sekali ngap je masuk mulut. tp rasa ttp menten best okay.
Chocolate Oats Crips
Sumber : Koleksi resipi oats
Bahan
130g tepung gandum }
30g tepung jagung }
20g serbuk koko } ayak
½ sk serbuk penaik }
¼ sk serbuk kulit kayu manis } - aku tak letak
¼ sk garam - aku tak letak
90g Quaker Oat Segera
200g mentega
120g brown sugar
½ sk esen vanilla
Cara
Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas.
Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.
Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu.
Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
Uli hingga kental. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung.
Potong atau terap dan letak atas dulang.
Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit atau sehingga rangup.
Nota
Maklang bakar dengan suhu 170 selama 15’. Sebaik2nya, biarkan biskut betul2 sejuk baru makan dan rasa sendiri kerangupan biskut rangup coklat oat yang pasti makan sekali nak lagi. Maklang tak terap biskut ni sbb angin malas dah datang so maklang buat jer cam bentuk choc. chip...cepat sudahnya... :-D
nampak menyelerakan..nyum2
nana, mmg sedap :)