salam............terus layan resepi la. resepi dari dila bangi kat forum cari. thanks dila. sonang jo buat biskut ni. sedap dan rangup. penggemar nestum mesti suka ni :)
Biskut Nestum
Bahan:
3 cawan nestum
1 ½ cawan gula halus
3 cawan tepung gandum
Minyak sapi (ikut lembut)
Cara:
Minyak sapi dicairkan terlebih dahulu dan sejukkan sebentar. Gaulkan semua bahan kering tadi kemudian masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. Teraplah dengan acuan sesuka hati. Sebelum bakar, sapu kuning telur di atasnya dan bakar hingga kekuningan.
boleh x klau mnyak sapi tkar majerin / mentega ?
maafla.. saya baru nk bljr sbnrnya...
boleh je, x de masalah. sy klu x de mentega, mmg belasah je guna marjerin :)
nak buat tuk biskut raya ke?