yuhuuu..............akak kembali setelah beberapa hari bertapa di gunung semangol^^ kembali dgn hati yg lebih lapang dan tak de jiwa kacau dah :) cuma tiap2 malam, balik keje badan rasa letih sgt. masuk je pukul 10, mata dah kuyu. mcm mana nak buat jgn ngantuk? aku nak baca buku pun asik terganggu je.
lama tak update blog. bkn apa, selain malas, jiwa kacau, internet slow mcm siput. asik disconnection je. nyampah tul. hari ni ok sket. so, aku nak tepek resepi buat yogurt sendiri di rumah. aku mmg suka yogurt. byk kebaikan yogurt ni. asik beli je, baik buat sendiri. bkn susah pun. pastu boleh pelbagaikan. buat air yogurt pun boleh. kena kreatif je.
bahan2
susu segar
plain yogurt - make sure ada tulis live culture
cara2
panaskan susu. panas suam2 je. mcm nak buat susu baby tu. klu panas sgt nanti culture yg dlm yogurt tu mati.
pastu masukkan plain yogurt dlm 2-3 sudu.
klu aku buat, susu 1 liter, aku masuk je yogurt yg pack kecik tu sume.
pastu tutup dgn kain nipis dan jarang.
yg paling elok, buat pada waktu siang. cuaca panas dan letak pada suhu bilik. jgn masuk dlm peti sejuk.
bila tekstur dah jadi mcm yogurt tu, simpan dalam fridge.
klu nak yogurt tu pekat, tapis dgn kain nipis mcm gambar kat atas tu ha.
haha...terbunjut je yogurt tu tergantung.
yg kaler hijau tu, yogurt perisa avocado^^ mcm mana nak buat? len kali aku tepek.
yg kat bawah ni, yogurt yg buat sebelum ni. yogurt dan air yogurt perisa strawberi.
wah cam sedap je huhuu
macam best je
wajib try ni
nak sangat buat sendiri... kan
hmm.. macam lazat je rini wat yogurt.. masam tak?
azuan ~ sedap tp tetap rasa yogurt, masam^^
kata2 ~ sila terai ye ;)
mama ~ buat sendiri lebih puas :)
aibaks ~ mesti lah masam tp leh campur dgn lain2 bg jgn masam^^