sape suka mkn cheese cake? aku sure sume pun suka. tp korang tau tak mcm mana nak buat keju tu? klu tahu, korang pernah try buat tak? rasa mcm susah je nak buat keju tu kan. sebenarnya senang je uolls.....

oleh sbb harga keju agak mahal dan ada yg kita tak sure halal haramnya, pe kata buat sendiri. cuma keju yg buat sendiri ni rasanya tak sekuat yg beli tu la. tp klu buat kek, masih rasa mcm yg beli tu.

resepi aku dpt dr forum cari. kak maisya yg bagi. layanzzzz......



Cottage Cheese

1 liter susu
1/2 cawan air perahan lemon/ cuka

atau

Homemade Cottage Cheese
menghasilkan lebih kurang 200 - 300g cheese

bahan-bahan:
1 liter susu
4 sudu besar air perahan lemon/ cuka


cara2:

 -Panaskan susu hingga hampir mendidih sambil dikacau sekali-sekala. Tak perlu sampai mendidih, setakat nampak buih-buih kecil dah mula timbul tu dah ok. Tutup api.

-Kacau perlahan sambil tuangkan separuh dari kuantiti cuka. Biarkan dalam 10 minit, susu tu akan mendadih (beku). Kalau tak.... boleh tambah lagi cuka sedikit-sedikit.

-Tuangkan ke dalam tapis yang dah dilapik dengan kain. Biarkan dalam 15 minit. Perah sedikit untuk buangkan lebihan air (tak payah perah kuat-kuat, buat ala kadar je)


-Pindahkan ke dalam bekas dan taburkan sedikit garam. Gaul rata. Pindahkan ke dalam bekas yg kecil dan padatkan cheese ke dalamnya...simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum digunakan.
 

-Untuk mendapatkan tekstur cheese yg smooth, tekan/lenyek cheese melalui penapis sebelum digunakan...err boleh faham ke ayat ni? Dlm BI : For best texture, press cheese through a sieve

**Cheese yg terhasil ni kalau diperah kuat-kuat akan menghasilkan cheese yg agak kental so kalau nak guna utk buat cheese cake ke etc, tak payah perah, just biarkan jer di atas tapisan lepas tu boleh digunakan. Boleh tambah sedikit yogurt, gaul hingga sebati supaya cheese yg terhasil lebih berkrim dan lemak. Lagi lama tersimpan lagi bertambah kuat rasa cheesenya. Pasni, blh lah buat cheese cake dr cheese buatan sendiri^^



Labels: , , | edit post
5 Responses
  1. Lucy S. Says:

    awesome! hahaha. buat la, nnt leh jual :))


  2. Rini Says:

    tak de la smpi nak jual alynn. wat tuk mkn sendiri je. cubalah :)


  3. Unknown Says:

    Alyn..minta izin nak ambik resepi nie ye..lbh baik wat sendiri dari beli kat luar kan..time kasih banyak2 sbb syer benda nie..(",)


  4. Anonymous Says:

    Salam,

    kalau digunakan dalam roti tortilia boleh ke x? Macam Slice cheese


  5. Rini Says:

    sorry lambat reply
    rasa cheese ni tak kuat mcm slice cheese tu tp klu nak cuba apa salahnya :)


Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...