Assalamualaikum......... 

nak kata byk sgt tanam bunga, tidak la. skang ni baru nak tambah koleksi. selain bunga hiasan, bunga sayuran dan bunga buahan pun cantik juga.

 
pokok yg tumbuh dari benih yg diambil dari bunga yg ditanam sebelum ni.

mungkin sebab lambat alih ke tanah, pokok tak berapa besar, so bunganya pun comel lote je...

satu pokok byk bunga. tak pernah lak tgk bunga matahari yg mcm ni.

yg ni bersaiz besar.

bunga daisy yg dibeli di cameron pun sudah mengeluarkan bunga baru.

 byk juga bunga yg keluar tp bunga tak tinggi dan tak sebesar yg tumbuh di cameron.

ada lagi yg belum kembang.

bunga kailan.

bunga cili indonesia. buahnya panjang2 kurus2 dan pedasss.... benihnya dapat dari akak cleaner kat opis.

orkid yg rajin sgt berbunga w/pun tak dibaja.

mawar kampung dwi warna.

bunga markisa.

markisa purple, bunganya pun purple.

bunga yg paling tak sabar nak tunggu kembang.

 



© 2010 - 2013 rinimemories - All Rights Reserved.
10 Responses
  1. suka suka Says:

    salam Rinie.. comel-comel bunga tu.. esp.. sunflower dan gerbera ..cili Indonesia ni first time dengar namanya...bunga apa ya yg belum kembang tu?


  2. ummuaidan Says:

    salam rinie...wah banyak jgk collection bunga tuh kan..yg sunflower y nyer berbunga byk camtuh jgk...


  3. Yg last sekali bunga apa tu


  4. baity's Says:

    masuk lah gambar cik rini n bunga...


  5. Rini Jy Says:

    kak mar, bunga yg belum kembang tu bunga lavender

    ummuaidan, x sangka lak bunga banyak satu pokok sbb pokok asalnya bunga sekumtum je

    zamzurina, last sekali tu bunga lavender

    cik baity, nk tgk cik rini, mai la sini. kita tangkap gmbr dgn bunga :)


  6. baity's Says:

    cantiknya laman ms rini


  7. lynnhelite Says:

    Salam..nak tanya lavender tu senang jaga tak? brapa lama dia blh berbunga?


  8. Rini Jy Says:

    lyn,
    sejak beli december lepas, kiranya dalam sebulan lebih dh keluar setangkai bunga. penjagaan sgt senang. sy tukar ke pasu besar. siram 2 kali sehari klu cuaca panas. pokok sy letak kat tmpt yg terima matahari waktu t/hari hingga petang. maknanya lavender boleh tahan cuaca panas asalkan cukup air. macam tu la kot :)


  9. Tengah menunggu Rini punya lavendar berbunga ni ;).


  10. Rini Jy Says:

    diana,

    dh kembang :) sedang usahakan nak buat entry ni.


Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...