Assalamualaikum...

ada x yg dh sakit mata tgk asik2 entry yg sama je x tukar2? hahaha......nasib la.....apa nak buat, tuan tanah kedaung malas yg amat nak update blog. klu update pun asik2 tepek gambar pokok, tak pun resepi. itu je lah caranya nak buat blog ni terus "hidup". so, kali ni tepek resepi kek plak. resepi Chilled Peach Cheese Cake dari blog kak wan.

buat kek ni utk besday anak buah. saja lah menambah kek besday dia. rasa kek ni, mcm rasa cheese kek yg lain jugak lah. ada rasa masam2 manis gituh. tambah lak rasa peach tu. sodappp...... tp kejadian kek ni, agak kental sket akibat terlebih gelatin. len kali kena sukat gelatin tu betul2. klu terkurang, kek tak set cantik. klu terlebih kek jadi kental sket. tp yg penting rasa tetap maintain. dan aku x buat lapisan jelly atas kek. just letak je peach tu kat atas adunan kek dan tekan sket. bila kek beku, peach tu pun elok je terletak.




Chilled Peach Cheese Cake
Sumber: Resepi Citarasawan

Bahan Base
250gm digestive biskut
100gm mentega cair

Adunan Krim Keju
250gm krim keju
90gm gula kastor
1 tin buah peach (asingkan sirap dan buahnya)
120gm peach di potong dadu
100ml sirap peach
1 1/2 sudu besar gelatin halal (brand Nur)
50ml air
1 sudu besar jus lemon
200ml anchor whip cream
Loyang 8" (Loose Base Tin)

Cara-cara :
1. Base : Kisar biskut hingga halus, masukkan mentega cair, gaul rata kemudian tekan padat ke
dasar loyang. Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
2. Masukkan air ke dalam bekas, taburkan gelatin biarkan selama 2 minit hingga gelatin kembang.
Kemudian panaskan gelatin secara double boil hingga gelatin larut. Angkat dan masukkan sirap
buah peach, kacau rata. Ketepikan.
3. Pukul whip cream hingga kental, masukkan jus lemon. Ketepikan.
4. Pukul krim cheese dan gula hingga rata. Masukkan gelatin, putar hingga rata dan tidak berketul.
Masukkan whip cream, kaup balikkan hingga sebati.
5. Atur buah peach yang di dadu ke atas base, kemudian tuangkan krim cheese, ratakan. Sebagai
hiasan atur hirisan buah peach di atasnya. Simpan selama 4 jam atau semalaman di dalam peti
sejuk.
6. Keluarkan dari peti sejuk, tuang lapisan jeli ke atasnya (jika suka) dan biarkan hingga jeli beku.

Lapisan Jeli
2 sudu besar Jeli segera
2 sudu besar gula
250ml air

Masukkan air, jeli segera dan gula, kacau rata dan didihkan. Biarkan suam sedikit baru di tuang ke
atas cheese cake.

*** Boleh juga menggunakan agar-agar serbuk atau konyaku jeli tetapi ikut sukatan air pada paketnya.


yg besar x leh potong, so buat dalam bekas kecil tuk tukang masak rasa

x letak base, nak makan kena korek mcm tu je la. makan sejuk2, nyamannnn......



© 2010 - 2012 rinimemories - All Rights Reserved.
Labels: , | edit post
Reactions: 
2 Responses
  1. TukangKebun Says:

    Wah nampak sodapnya.Nak cikit.


  2. Rini Jy Says:

    sodapppp.... bg gmbr je buleh lah ye :P


Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...