Assalamualaikum......

pejam celik pejam celik, lagi seminggu nak puasa. cepat sungguh masa berlalu. bila dh masuk bulan ramadhan ni, para ibu dan isteri mula la tercari-cari resepi tuk berbuka kan. moh try resepi daging tumis tomyam dari mat gebu ni. yg aku buat ni, watak utamanya sama, watak sampingan je yg berbeza, ikut apa yg ada kat rumah je. resepi ambik kat sini. resepi yg senang, simple dan sedappp....... thanks cik mat :)

Daging Dan Cendawan Tumis Tomyam

Bahan-bahan:

300 gram daging batang pinang, hiris nipis cuci dan toskan - aku rebus dulu daging tu. air rebusan blh digunakan klu nak berkuah sket.
150 gram cendawan butang segar, belah dua -  aku guna shitaki mushroom dan carrot
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
2 ulas bawang putih, cincang halus
10 biji cili padi merah thai, belah 2
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
1 1/2 camca besar pes tomyam
1 camca besar sos tiram
1 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut
1/3 cawan air
1 camca teh gula
Sos ikan secukup rasa
Hirisan daun ketumbar sebagai hiasan

Cara:
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan serai hingga harum, masukkan cili padi pes tomyam dan sos tiram. Kacau rata dan masukkan daging, gaul dan masak hingga daging kecut. Tambah air dan masak hingga daging empuk.
  2. Masukkan cendawan, bawang besar dan gula. Masak hingga pekat dan sedikit kering. Tambah sos ikan secukupnya dan masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun ketumbar sebelum dihidangkan panas bersama nasi hangat.




© 2010 - 2012 rinimemories - All Rights Reserved.
Labels: , | edit post
Reactions: 

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...