assalamualaikum............

lagi sehari nak masuk tahun baru. rasa terlalu pantas masa berlalu. apa yg aku dh capai sepanjang tahun ni? nak kena buat post-mortem la nmpknya. korang lak mcm mane?

jumaat lepas (23 dec), aku ikut kakak aku pi langkawi. kitorang kat sana selama 3 hari 2 mlm. tak de plan pun nak ikut dia. dgn gaji x msk lagi, cuti x apply lagi. 20hb tu baru nak minta cuti. plan mengejut je ni.

kitorang konvoi dgn ipar2 kakak aku. sume skali 19 org. naik feri kat kuala perlis. ramai sungguh manusia. agaknya sbb musim cuti sekolah. kat sana kitorang tinggal kat homestay kepunyaan kolej komuniti langkawi. ada kawan abg ipar keje sana. dpt harga murah sket. rumah pun selesa.

tgh tunggu feri. kakak & anak buah nak interprem jugak :)

kat sana tak byk tmpt pun kami pergi. nak ikut island hopping pun x dpt. bila dh ramai2 ni, mcm2 hal la. hari jumaat tu smpi dh t/hari. lps asar, kitorang pegi tmpt beras terbakar. dh ronda2 dan beli barang, terus cari masjid tuk solat maghrib. pastu pi pekan kuah cari kedai haji ismail group nak shopping coklat. org kata kat sana coklat murah. murah lah jugak. tp tgk kt tmpt lain, ada lagi murah.

BIL & ika kat tmpt beras terbakar

hari ke-2, janji pkl 8am nak kuar, b/fast sama2. kitorang 7.30am dh siap, org lain ada yg sedang bersiap dan ada yg masih membuta. fuhhhh......sabar je lah. bila dh mcm tu, kitorang cabut dulu cari b/fast. lps b/fast, sementara tunggu underwater world buka, pi jln2 kat pantai cenang dulu. lepas underwater, terus pi makam mahsuri. selesai kat sana, dah masa tuk lunch. cari kdi tuk lunch kat kwsn situ gak. kesian kakak aku. dia order mee sup. tp rasa sup mcm sup taugeh je. dah la rupa putih je, mkn lak dgn cili sos. aduyai...... bila minta kicap dgn cili api potong, org kdi bg kicap yg tuk mkn dgn nasi ayam. aku pulak minta nasi ayam, masin giler. kakak aku dh tak larat nak mkn mee sup tu, minta laksa tp sampai kesudah laksa x sampai. langsung dia x mkn t/hari tu.

pantai cenang

antara makhluk tuhan yg ada kat dlm underwater world

lepas dr makam mahsuri, plan nak pegi naik cable car. ada yg offer nak tunjuk jln konon2 dh pernah pegi sblm ni. skali lagi masalah. nak cari jln ke sana je dh dekat2 sejam. last2 kakak aku ckp x yah pegi, org lain nak pegi, biar je la derang pi. start la anak buah aku merungut2 sbb dia nak naik cable car. tapi, alhamdulillah kitorang x gi sana. ikut cite angah, nak beli tiket dan nak naik dh habis sejam. org ramai katanya. naik dan turun cable car pun hampir sejam. kitorang yg tak pegi ni sempat la pi kolam air panas dan shopping beli kain batik :) malam lepas isyak, pegi restoran bamboo kat pantai cenang. kali ni mungkin sbb kitorang ber5 je, jadi x de masalah lmbt/tak dpt mknn. rasa masakan pun sedap. restoran ni terletak tepi sawah padi, siap ada pondok2 kecil. lps mkn, pi jln2 kat pantai cenang sambil belek2 brg tp satu apa pun x beli :P

rumah mahsuri

hari ke-3, siap2 nak balik. naik feri pkl 11.30am. smpi kat kuala perlis, terus menuju ke padang besar. hurmm.....shopping je keje org pompuan ni kan. tapi aku x de sgt la nak membeli belah. bila dh kat tmpt mcm tu, blank plak pale hotak nak beli apa. byk sgt brg. dari sana, kitorang ke rumah mak abg hamid kejap. lebih kurang jam 10.45pm, baru bertolak balik. smpi kat rumah hari isnin, jam 10am. penat sgt. kaki plak dh bengkak. mlm pi klinik ambik mc tuk hari selasa, nak rest. seb baik doktor sporting ;)

meeting lu sblm balik
Labels: | edit post
0 Responses

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...