assalamualaikum..............

lama dh tak update blog. smpi adik aku tanya apasal dh tak update blog. akak bizi la........bila sem baru start, mula la bizi dgn buku2 dan assignment. keje plak, mcm biasa la. mmg tak kan kurang.

so, entry mlm ni pasal carrot cake. buat kek ni semalam. pagi td sblm pi klas, buat cream cheese tuk topping. topping pun sememeh je. hehe....nak cpt punya pasal. snap gmbr barang seketul dua, pastu kejar2 pi klas. abis klas, smpi rmh dh 6 lbh. penat bkn main. rasa nk terus lompat atas katil je. tp lepas mandi manda, segar plak. hehe.......

okeh.....pasal kek ni, aku ambik resepi kat blog cik mat gebu tu. cik mat plak ambik dr blog k. ida. blh tgk kat sini dan sini. tp resepi aku ikut cik mat punya iaitu setengah adunan dari k. ida. saja la nk cuba sket dulu. aku tak pernah buat kek ni. tak tahu la nape. mcm tak de perasaan je. tp nak try jugak la mcm mana rasa dia kan. rupanya mmg sedap kek ni. so, next time blh wat lagi la. tp klu ikut aku, tak yah dgn topping cream cheese tu pun tak pe. mkn mcm tu je pun dh sedap.

nak membuatnya plak satu hal, tak perasan tpg gandum abis. nasib baik tpg kek ada (tpg naik sendiri). dan nasib baik jugak la kek menjadi. takut jugak kot2 bantat lak :P maknanya aku hanya guna tpg naik sendiri, tak guna baking powder dan soda bicarbonate. serbuk kulit kayu manis pun tak letak. yg lain2 sama ikut resepi.



Heavenly Carrot Cake

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang

BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)
100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...
Labels: | edit post
2 Responses
  1. Ida shaklee Says:

    Aku dah lama teringin nak buat ni.teringin ja la, buatnya belum.harus bermotivasi tinggi nak buat ni.


  2. Rini Says:

    sila motivasikan diri sendiri ye. haha....
    aku pun mcm tu la dulu :P


Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...