assalamualaikum.................

sedar tak sedar lagi beberapa hari kita nak menyambut kedatangan syawal. macam mana persiapan korang? ada yg tunggu nak raya je sbb sume dh ready. dan ada yg masih kelam kabut dgn mcm2 benda nak buat, macam aku ;)

nak masukkan entry ni sblm terlupa. kuih raya tahun ni mcm biasa la, ada siaran ulangan dari tahun2 lepas w/pun ada yg komplen sama je :P nampak entry pasal biskut ni kat rumah hasue kat sini yg asalnya hasue jumpa kat blog kak ummi kat sini. sedap biskutnya. lembut kat dalam, ranggup di luar. proses pembuatan di malam hari. jadi paham2 je la. size yg tak consistent dan ada yg terlebih garing :D



BISKUT BEBOLA CORNFLAKES

Bahan:- (anggaran 70 - 80 biji)

1/2 cawan butter
1/2 cawan gula kastor
1 biji telor
1 sudu teh esen vanila
2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit)
1 cawan tepung naik sendiri (diayak)
2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit)
cawan kertas saiz kecil secukupnya

Cara Membuat:-

Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan telor dan esen vanila, pukul lagi hingga sebati.
Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis. Gaul rata.
Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata.
*Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata.

Labels: | edit post
Reactions: 

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...