Assalamualaikum...........
slmt mlm sume. sambil2 berehat dan memerah otak ni, sambil2 update blog sket2. sebenarnya tak de benda sgt la nak cerita. tak de yg menarik pun. sama je tiap hari. cume nak keep record resepi ni je. resepi kerabu ni ambik kat blog k. an kat sini. k. an lak ambik dr CMG. di kesempatan ni, aku nak ucap takziah pada k. an atas pemergian baby Munirah Huda binti Nor Azam. menitis air mata membaca luahan hati k. an dan melihat pic babynya. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. harap k. an tabah dengan ujian ni.

sape2 yg suka kerabu, sure tak nyesal klu buat kerabu telur ni. sedappppp sangattttt........nak buat pun senang je. jom tgk resepi. resepi aku ikut k. an punya.

Nyonya Kerabu Telur

Bahan-bahan: (K.An kurangkan sikit daripada resepi asal- hidangan cukup untuk 5 orang)
3 biji telur
1 biji bawang besar Holland (kuning)
1 biji tomato
1 kuntum bunga kantan - tak do....
3 biji cili padi
sedikit daun kesum
1 biji besar limau nipis diperah airnya (mat guna limau kasturi)
garam dan gula secukup rasa

Bahan ditumbuk halus:
1 biji cili merah
3 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1/2 inci belacan dibakar

Cara membuatnya:
1. Dadar nipis telur satu persatu seperti buat ketayap. Gulung dan gunting 1/2 sm lebar.
2. Tomato dibelah 4 dan buang bijinya. Hiris nipis-nipis. Hiris kecil bunga kantan, daun selom, cili padi, cili merah dan bawang besar.
3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Masukkan bahan ditumbuk , garam, gula dan perahan limau nipis. Gaul rata dan sedia dihidang.


Labels: , , | edit post
Reactions: 
2 Responses
  1. sall Says:

    As salam rini. Waaaa.....Nyonya kerabu Telur gitu. Sdpnya. Lps tu blh msk tuk sall leh??


  2. Rini Jy Says:

    buleehhhh.....no problem :)


Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...