salam sumeee.........apa kabar hari ni? harap sihat selalu. sambil2 lunch sambil update blog. tambah2 lagi sorang2 je kat bilik ni. lg 2 org masih cuti raya. hari ni pi keje, jln clear sungguh. cpt je smpi opis. rasanya ramai org masih cuti raya. esok mungkin jalan start sesak balik.

cerita pasal berger ni, sebenarnya buat hari sabtu lps. masa kat tesco beli brg, time tu baru la adik aku ckp nak buat berger. ni sbb lps tgk org buat berger udang kat asianfoodnetwork, dia pun nak buat berger gak. budak ni klu la dia tak blajar medic skang ni, mmg aku suruh dia blajar jd chef. klu pasal makan2 ni, rajin ngalahkan kakak dia^^

so, kitorang decide wat berger ikan. aku beli fillet ikan dori yg frozen tu. sebenarnya ni first time beli ikan ni. rasa ikan ni pun tak tahu. tawakal je lah. nak cari daun bawang plak punya la susah. dari tesco smpi la kedai2 runcit aku cari pun tak de. agaknya tokei2 besar sume cina, dan derang masih raya, so tak de sape nak supply. pastu cari plak serbuk roti tak jumpo. ni la masalahnya klu projek last minit.

tp, dgn bahan2 yg tak bape nak cukup tu, akhirnya siap gak berger ikan last minit kitorang tu. bila mkn, eh..eh..not bad la. blh la wat lg lps ni. nak buat pun senang je. resepi aku pun sempoi je. tak de sukat2 ye. sume main campak2 je.

Berger Ikan Dori 
bahan2:
fillet ikan dori - kisar
serbuk roti - klu tak de, guna roti sandwich tu, bakar kejap smpi perang, pastu kisar
bwg besar - potong dadu
bwg putih - potong halus/tumbuk je bg lumat 
garam
lada hitam/lada sulah
telur sebiji
sbb daun bwg tak de, aku guna bwg goreng tuk bg wangi sket

kaedah:
gaul sume bhn2 tu. serbuk roti masuk sket2. agak2 dah tak melekat kat tgn dan boleh dibulatkan, goreng atau bakar. bila dah masak, buat la berger ikut suka nak mcm mana.

yg ni version bakar. yg goreng tak sempat nak snap. size tak cukup besar. yg eloknya kena sama besar dgn roti. klu tak, jd lah mcm kat atas tu. mcm cendawan^^

model sukarelapaksa. hahaha....

Labels: , | edit post
Reactions: 
2 Responses
  1. Enis Says:

    Auntie Rini, burger Ikan Dori 1!


  2. Rini Jy Says:

    siapppp!!!!!!!!!!!!!!


Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...