sedang lebat berbuah

salam t/hari sume. dah lunch lom???? aku tgh mkn ni^^.............lama tak update blog. bkn apa, tak de benda nak cerita. mls la nak cerita benda2 yg biasa dan remeh. selain tu, agak kebizian sket.

kali ni nak tunjuk tanaman yg ada kat area rmh aku. ni pkk roselle aku. dpt benih dr kawan. dah 2 kali raya aku hidang jus roselle ni kat tetamu. sume pun ckp sedap. siap derang ambik lagi bunga dan benih roselle ni. klu time hari panas terik, minum air roselle mcm kat bwh tu pasti menyegarkan badan. tol tak? buahnya blh buat jus, jem, halwa. klu time raya, tak payah nak beli kordial jual tu, buat sendiri lagi selamat dan terjamin. pkk roselle ni sebenarnya byk khasiatnya.

bunga roselle ada mcm bunga raya sket

Hibiscus Sabdariffa L. adalah dalam keluarga Malvaceae atau lebih dikenali dengan nama Roselle. Pokok roselle, di kalangan penduduk tempatan dikenali sebagai asam paya atau asam susur, boleh ditanam melalui biji benih atau juga keratan batang merupakan tumbuhan yang subur di kawasan beriklim tropika dan subtropika. Ianya berasal dari Afrika Barat tetapi ada yang mendakwa ia berasal dari India. Di negara ini, roselle ditanam secara komersial di sebelah pantai timur Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu di atas tanah bris dan berkembang di beberapa kawasan di Johor.

Ketinggiannya boleh mencapai sehingga 3 meter serta mengeluarkan bunga hampir setiap tahun, mempunyai banyak kegunaan tetapi penyalut buahnya yang paling kerap dimanfaatkan.

Kajian saintifik menunjukkan roselle terbukti mengandungi khasiat dan nilai perubatan yang cukup tinggi. Ekstrak roselle mengandungi vitamin C iaitu asid askorbik pada tahap yang tinggi, asid malik, aspartik asid den antosianin, Antosianin adalah pigmen yang memberi warna kemerahan kepada roselle. Ia berkhasiat sebagai antioksidan yang mana dapat membantu proses metabolisma sekiranya diambil secara berterusan.

Ia mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi iaitu sebanyak 260-280 milligram bagi setiap 100gram roselle kering. Selain itu, setiap 100gram roselle segar mengandungi 2,85 ug vitamin D, 0.04 mg vitamin 81,0.06 vitamin 82 dan 0.05 mg vitamin 92 kompleks.

Penyalut bunga roselle boleh diproses untuk dijadikan hasilan makanan/minuman seperti kordial, pati, jem, halwa, puri dan serbuk. Malahan kepada pelbagai produk kesihatan dan penjagaan diri. Selain menjadi nilai tambah hasilan lain seperti tart, bahulu, kek, muffin, coklat dan acar buah-buahan.

KEBAIKAN PENGAMBILAN ROSELLE .
Membantu penghadaman
Melembutkan dan menyihatkan kulit
Membantu melancarkan pembuangan air kecil
Membantu mengurangkan pengumpulan lemak
Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi
Mengurangkan haba badan, batuk dan mencairkan kahak

Antara lain roselle juga ada zat-zat berikut;
Rozel (Roselle) atau dikenal dengan nama latin Hibiscus Sabdariffa, merupakan tumbuhan yang memiliki banyak khasiat untuk kecantikan dan kesihatan. Jangan terkejut, ia mempunyai 3 kali lebih banyak vitamin C daripada anggur. Dr. Abdul Aziz Sharaf dari Sudan Research Unit, Institute of African and Asian Studies telah mengadakan penelitian mengenai khasiat bunga rozel dan mendapati Roselle mempunyai khasiat:
- Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sbg tonik.
- Memperlancar peredaran darah.
- Mengubati luka luar dan dalam.
- Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan memperlambat penuaan, menyebabkan wajah nampak muda dan berseri.
- Sbg diuretic, penurun suhu dan pereda rasa nyeri (penenang alami.)
- Bersifat detoksifikasi, membuang racun.
- Mempunyai efek anti kejang otot.
- Memiliki zat anti bakteria dan anti virus.
- Membunuh bakteria penyebab TBC.
- Memiliki zat anti kejang saluran pernafasan
- Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu karang.
- Mencegah penyakit jantung.
- Mengatasi masalah selsema, batuk, dan demam.
- Mengubati asma dan alergi.
- Mengubati insomnia.
- Menormalkan kadar gula darah, tekanan darah, kolestrol, dan asam urat.
- Mengatasi penyakit kardiovaskular/darah tinggi.
- Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam rozel mampu bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.
- Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
- Menyihatkan mata
- Menyeimbangkan berat badan.
- Mengurangi panas dalam .
- Menurunkan tingkat penggumpalan lemak di hati.
- Mengubati pening kepala/migraine.
- Membantu memulihkan dari ketergantungan ubat dan alkohol.
- Menghilangkan sakit sakit di badan.
- Membantu mencerdaskan otak pada anak-anak kerana mengandungi Omega 3 dan DHA
- Dapat mengurangi risiko osteoporosis.
- Mengobati sakit tenggorokan dan sawan.
- Mengatasi masalah stress/tekanan.

Kandungan Rozel:
Mengandung vit.C kadar tinggi (tiap 100 gram Roselle mengandung 280 mg Vit. C);Vit.B1, B2; D, dan Niasin; Protein 1,145 gr;Lemak 2,61 gr;Serat 12gr; Kalsium 1,263 gr;Fosfor 273.2 mg;Zat besi 8,98 mg; Malic Acid 3,31%;Fruktosa 0,82%;Sukrosa 0,24%; Karoten 0,029%;Tiamin 0,117 mg;Niasin 3,765 mg; juga mengandung 18 asam amino yang diperlukan tubuh; Gossypetin Anthocyanin; Potassium, dan Flavonoid.

sumber asal di sini

klu nak wat jus, asingkan kelopak dan isi buah rossele, rebus atau rendam dgn air panas pun dah cukup. klu nak kelainan sket, masukkan kulit lemon sket (sagat atau hiris nipis, jgn ambik yg warna putih) nak bg harum lemon. rasanya ada mcm ribena sket. sbb tu ada juga org panggil pkk ni pkk ribena.

jemput minum....
Labels: , , | edit post
Reactions: 
4 Responses
  1. ~ Lady ell ~ Says:

    sedap kak air rozel ni..mcm ribena kan...dulu ada tanam..tp dh mampuih..:)
    rajin la akk bercucuk tanam..ell nk mintak benih pokok apa tu dulu yg jenis beri tu...bleh?


  2. Rini Jy Says:

    boleh ell, no problemo :)


  3. mama hani Says:

    bestnya...nak share info leh...


  4. Rini Jy Says:

    boleh mama, silakan :)


Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...