salam t/hari. dah lunch lom? apeee???? ada yg lunch ke? tak pose ek?? hahaha....kan dah kantoiii.....
di kesempatan ini, aku nak ucap selamat menyambut Ramadhan yg mulia. kita telah memasuki musim ‘olimpik’ rohaniah robbaniah yang disediakan oleh Allah swt untuk hambanya. Sebagai seorang muslim yang mukmin, ‘olimpik’ rohaniah ini dinanti melebihi daripada menanti sukan olimpik . Kerana bermacam-macam acara dan ganjarannya (bukan kilauan emas) tetapi syurga yang kekal abadi yang menanti bagi sang juara yang berjaya mencipta ‘rekod dunia’ ukhrawi. Yang berjaya menyucikan lahir dan batinnya sehingga menjadi manusia yang beriman dan bertaqwa.
Berikut adalah beberapa keistimewaan bulan Ramadhan. Semoga kita dapat menghayatinya dan menjadi penyebab untuk ‘mengkhusyukkan’ hati kita menerima kedatangannya dan melembutkan hati kita untuk beramal dan beribadah di bulan Ramadhan ini. Kalaulah dibulan Ramadhan ini kita masih lagi culas-culas dan berkira-kira untuk all-out beramal ibadah, jangan lah kita mengharapkan selain dari bulan ini kita mampu untuk all-out menjadikan seluruh kehidupan kita beribadah untuk Allah.
Keistimewaan Ramadhan
Berikut adalah beberapa keistimewaan bulan Ramadhan. Semoga kita dapat menghayatinya dan menjadi penyebab untuk ‘mengkhusyukkan’ hati kita menerima kedatangannya dan melembutkan hati kita untuk beramal dan beribadah di bulan Ramadhan ini. Kalaulah dibulan Ramadhan ini kita masih lagi culas-culas dan berkira-kira untuk all-out beramal ibadah, jangan lah kita mengharapkan selain dari bulan ini kita mampu untuk all-out menjadikan seluruh kehidupan kita beribadah untuk Allah.
Keistimewaan Ramadhan
Bulan yang terpilih untuk melakukan ibadah puasa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas nikmatnya. Firman Allah yang bemaksud: “wahai orang yang beriman, telah difardhukan puasa atas kamu sebagaimana telah difardhukan atas umat-umat sebelum kamu, mudah-mudahan kamu memperolehi taqwa”. al-Baqarah: 183
Bulan yang dipilih oleh Allah diadakan suatu malam yang sangat tingi nilainya , iaitu ‘malam lailatul qadar’.
Bulan yang dipilih untuk bersembahyang tarawih pada malamnya. Sembahyang tarawih adalah sembahyang sunat yang hanya ada di bulan Ramadhan. Bulan yang dipilih untuk memperbanyakkan amal ibadah. Seperti membaca Quran, bersedekah, sembahyang sunat dll.
Bulan yang berlakunya kemenangan dipihak Rasulullah saw menawan kota Mekah. Disaat itu berakhirlah penyembahan berhala di sisi Kaabah dan Mekah menjadi suci sebagaimana yang dikehendakki oleh Allah.
Berlakunya Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadhan yang disambut setiap tahun sebagai memperingati kesempurnaan al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah.
Dipelihara daripada dosa. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “sembahyang lima waktu, jumaat ke jumaat, Ramadhan ke Ramadhan menutupi dosa-dosa yang dilakukan di antaranya, asal sahaja dijauhi dosa-dosa besar”. Hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah.
Dibuka pintu Syurga dan ditutup pintu Neraka. Syaitan dibelenggu. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “pada suatu hari aku berada disisi Utbah bin Farqad sedang dia menceritakan tentang hal Ramadhan , maka datanglah kepada kami seorang lalaki dari sahabat Rasul. Setelah orang itu dilihat oleh Utbah dia pun merasa takut dan berdiam diri. Maka orang itu menceritakan tentang hal Ramadhan, katanya: “saya mendengar Rasulullah saw berkata: “ di dalam bulan Ramadhan dikunci segala pintu Neraka dan dibuka segala pintu Syurga dan dibelenggu Syaitan”. Berkata Nabi lagi, seorang Malaikat menyeru: “wahai segala orang yang menghendaki segala kebajikan, bergembiralah kamu dan wahai orang yang menghentikan kejahatan, tahanlah dirimu. Malaikat terus menerus menyeru sehingga habis bulan Ramadhan”. Hadis riwayat Ahmad dan Nasai.
Mendapat perhatian, keutamaan dan ganjaran daripada Allah swt. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “telah diberikan kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada seorang pun Nabi sebelumku:
1- Dipermulaan Ramadhan Allah melihat kepada umatku. Barangsiapa Allah melihat kepadanya nescaya tidak diazabkan selamaya.
2- Bau mulut mereka diwaktu petang lebih wangi disisi Allah dari bau kasturi.
3- Para malaikat memohon ampunan untuk merela disetiap malam dan hari.
4- Allah menyeru kepada Syurganya serta berkata kepadanya: ‘bersiaplah kamu dan berhiaslah kamu untuk hamba-hambaKu. Mereka hampir beristirehat dari kepayahan dunia, menuju keNegeriKu dan kemuliaanKu.
5- Pada akhir malam bulan Ramadhan, Allah mengampuni semua dosa mereka.
Sejarah berlakunya perang badar Kubra. Kemenangan pihak Islam yang menjadi penentu sejarah kegemilangan Islam.
Setiap solat tarawih mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Di bulan Ramadhan dituntut melakukan sebanyak-banyak ibadah berbanding dibulan yang lain.
Syaitan dibelenggu moga dengan itu maksiat berkurangan. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “pada permulaan Ramadhan, para Syaitan dan Jin yang jahat dibelenggu serta pintu-pintu Neraka dikunci dan tidak ada satu pun dibuka. Pintu-pintu Syurga dibuka dan tidak satu pun ditutup. Pada setiap malam ada yang memanggil: hai orang-orang yang mendambakan kebajikan menghadaplah, dan hai orang yang mendambakan keburukan menyingkirlah. Allah pada setiap malamnya akan membebaskan ramai orang dari Neraka.”
Andainya kita ‘terliur’ dengan nikmat dunia dan tidak terkesan dengan ganjaran yang Allah ganjarkan kepada hambanya khusus untuk bulan Ramadhan ini, fikir-fikirkanlah...there is something wrong with us...
“Allahumma ballighna fi Ramadhan....amin ya robbal alamin.
“Allahumma ballighna fi Ramadhan....amin ya robbal alamin.
Bau mulut mereka diwaktu petang lebih wangi disisi Allah dari bau kasturi. Macam aku la...hahahaha....ko pose ke?? Salam Ramadhan buatmu jugak.
Rini, meh join contest aku n aisyah. Hadiah menarik tau. Join ye...
salam ramadhan sall. nnt aku joint contest ko ek ;)