salam t/hari sume. mesti ramai yg dah ready nak masak tuk berbuka ni kan. wat lauk ape ptg ni? aku teringin nak makan........macam2. byk sgt yg teringin smpi satu pun tak terbuat. hehehe......

sebut pasal teringin ni, hari tu tah kenapa aku teringin sangat nak makan puding roti. roti yg dah nak expired tak de, terpaksa la beli roti baru semata2 nak buat puding roti ni.

resepi aku simpan lama dah. dan dah pernah cuba. resepi dari kak liza, di forum cari. pastu dlm esbox aku tu ada balance2 cheese, aku humban sekali. tp aku lupa, bila tambah cheese, aku lupa tambah gula. dia jadi tawar sket. tp keadaan masih blh diselamatkan dgn makan bersama jem mulberry yg aku buat hari tu. bila makan time sejuk2 tu, fuhhh.....lemak, manis, masam, suma ada. selain dari mkn dgn jem, blh makan dengan sos kastard atau sos coklat.


Puding Roti Berkeju

Bahan:
A:
500 ml susu segar/fresh milk/1 tin susu cair ideal
8 keping roti (gardenia/high 5)

B:

4 sudu besar gula halus ( boleh tambah lam 1 or 2 sudu kalau nak manis)             
2 sudu besar butter                
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung
**aku tambah keju dlm 150-200gm

C:
2 sudu besar kismis hitam - aku guna coklat chip
 

Cara:
1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.


masa tgh bakar, kat dlm oven tu, bkn main naik tinggi, bila dah kuarkan, puding turun balik. 
ptg ni buka puasa mkn steamboat la nmpknya. dah janji dgn kwn2 ex-tesa. tak sabarnya nak jumpa kwn2 lama.
Labels: , , , | edit post
Reactions: 
4 Responses
  1. sall Says:

    Rajinnye cik rini kita ni buat puding. Habis ke tu. Kalau xhabis, meh bagi kat aku. Aku bedal je. Mesti sedap kan. Air Tangan anak dara pulak.


  2. thanks for the recipe..
    nanti nak try gak laa..


  3. ~ Lady ell ~ Says:

    wah...sedapnye ..lebih2 lg dgn jem mulberry buatan sendiri...wah3 tak tahan melelh air liur ni.mcm tak boleh tos...:D


  4. Rini Jy Says:

    sall, ko nak, ko buat sendirik, jgn malas ye mak budak^^. hehehe........

    amieynna, try ye tp kena test manis ikut tekak sendiri^^

    ell, patut la basah je blog ni, rupanya air lior ell yg tumpah^^. hahaha......


Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...