Nak post semalam tp sgt2 sibuk ke hulu ke hilir. Hantar adik ke terminal bas kajang, dia nak balik kuantan. pastu ke putrajaya plak ikut kakak. balik tak larat wat pape dah, kepala sakit sbb hari panas sgt semalam.

kisahnya adik aku mustakim tu balik, cutilah konon padahal satu hari je kat rumah. gigih dia blk dr kuantan hari jumaat, ptg smpi kajang, ahad pagi dah kena balik kuantan dah. sehari je kat rumah. lepas rindu je kot.

dia ni klu balik, mcm2 permintaan. ada je request tuk bekal balik. ye la, asik makan nasi kawah je kat hostel, sesekali mesti rindu masakan rumah kan. kali ni dia punya request, masak ayam bakar. ha....ambik kau. t/hari aku dah masak ayam goreng berlada, mlm nak panggang ayam plak. gila ayam. kekeke......

sabtu, ptg pi tesco, beli brg2 dia, beli ayam sekali. siap beli kentang tu nak buat mash potato. wah....dinner ala omputih lah kita mlm tu. sblm maghrib, aku siapkan ayam tuk mekap (perap la tu). perap dlm satu jam. pastu bakar dlm oven. adik aku plak buat mash potato. dia buat dari kupas kentang smpi dah blh dimkn mash potato tu. tapi, of course lah aku yg ajar. tp dia yg buat sume.

ni satu sikap dia yg aku puji. klu apa2 yg dia minta kita buatkan, dia ringan tangan nak tolong. setakat potong bawang, potong2 sayur tu. dah blh bagi markah penuh. kira sume preparation dia settle, aku tinggal nak masak je. senang keje aku. kekeke..........

so, kali ni projek kitaorg buat ayam panggang ala kenny roger. dah beberapa kali aku buat ni. resepi aku ambik kat rumah cik hana jepun. hana ni klu tgk masakan dia, mmg meleh air liur. gambar pun cantik2. . resepi hana tu, aku tak ikut 100% mcm dia sbb ada brg yg tak de. mlm tu mmg aku tak mkn nasi. meratah ayam dgn kentang putar tu je.

gambar tak bape cantik. bateri kamera aku kong. dah wajip kena beli yg baru ni. tak clear sgt.




Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - guna sos tiram+kicap+lada hitam je sbb tak de sos lada hitam
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr- aku tak letak
  • 2 sudu besar gula pasir- aku gune gula perang
  • 2 sudu besar herba campuran- tak de bahan ni, aku letak serbuk oregano dan rosemary je.
  • 1 1/2 sudu teh garam halus - aku lupa letak tp tak pe sbb sos tiram dan kicap dah taruk. ok lah tu
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega
Cara-cara
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.- aku buat pesen lain sket. masak kejap kat non stick pan, dah separuh masak, masuk dalam oven. masa tuk masak depend kat oven memasing ye.
  5. Hidangkan dgn kentang putar. 
tuk mash potato lak, kentang di rebus dgn 2-3 ulas bwg putih. bila dan empuk, lecek dan campur dgn mentega dan mayonis. tambah serbuk lada hitam secukup rasa. klu nak letak susu segar sket boleh. terpulang pada selera masing2.

gravy dia aku guna bahan perap ayam tadi. balance2 slps kita panggang ayam tu. campur dgn air, bg cair dan hancur bhn2 perap tadi, tambah garam, black pepper, tepung jagung tuk bg pekat. siappp......aku letak juga daun basil, hiris2, masukkan last sekali time nak matikan api.


selamat menjamu selera ;)

Labels: , | edit post
0 Responses

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...