Assalamualaikum........ 

sudah agak lama tidak menepek resepi di sini. yang ni pun dh berkurun lama sebenarnya. masa balik dari cameron bulan dec tahun lepas lagi. maklum lah, pergi cameron tak borong strawberry tak sah kan. pastu kenyit2 mata bila makan sbb masam. tp bila buat dessert gini, laju je masuk mulut. 

resepi ni ambik kat blog kak nor. resepi sgt mudah tambah lagi hanya menggunakan susu segar instead of cream. sonang kojo acik. saya tukar sket nama resepi dan minta izin copy paste ye kak nor ^_^

sos pula boleh dipelbagaikan. untuk resepi ni, kak nor menggunakan puri buah kiwi tp sy buat sos strawberry. resepi sos strawberry, lupa pula nak bookmark web luar negara mana diambil. hanya salin resepi je. tp simple je cara buatnya.


Vanilla Panna Cotta with Strawberry Sauce
Source: K.Nor@SecubitGaram
 

Vanilla Panna Cotta

Bahan2:
9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih sket)
4 sudu besar air
2 ½ cawan susu segar/fresh milk
1/4 cawan gula
1 sudu teh vanila


Cara2:
1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke dalam ramekin atau gelas yg sesuai. 
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
6. Keluarkan dari acuan, tuangkan sos strawberry ke atasnya dan bolehlah dihidangkan.


Strawberry Sauce
Bahan2:
2 cawan strawberry yang telah di belah-belah
3 sudu besar gula
1 sudu besar jus lemon/limau 

Cara2:
Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas. Simpan dalam peti ais dan biarkan sehingga keluar jus/air. Boleh adjust sukatan gula bergantung pada selera masing2 dan juga kemasaman strawberry. 





© 2010 - 2013 rinimemories - All Rights Reserved.


Assalamualaikum........

pokok lavender yg dibeli di cameron, december yg lepas dh berbunga. dh lama jugak bunganya keluar cuma tuan blog je yg sedikit busy dan x de masa nak wat entry. mengikut pemerhatian, pokok lavender ni tahan jugak dgn cuaca panas. takut juga masa mula2 beli tu klu pokok ni hidup kat tmpt yg cuaca sejuk je. beli ni pun saja nak bereksperimentasi. alhamdulillah masih hidup smpi sekarang. malah makin besar lak pokoknya. pokok ni diletakkan di depan rumah, tmpt yg kena direct matahari selepas waktu t/hari hingga ke petang. air disiram 2 kali sehari jika cuaca panas. time hujan ni, rilek sket la :) w/pun bunganya setangkai je, halus pulak tu, tetap happy sbb tak yah tunggu lama utk tgk bunga lavender yg kaler purple tu. plan seterusnya, nak try semai biji benih (klu ada) atau tanam cara keratan batang. jom tgk gmbr dari mula beli smpi sekarang.


masa beli pada december 2012, kecik je

pertengahan jan 2013, dh mula mengeluarkan bunga

bunga semakin tinggi

bertambah tinggi

pokoknya juga semakin besar

dah mula keluar bunga2 kecil kaler purple

gmbr diambil pada cuti tahun baru cina

bunga2 kecik semakin byk

gmbr diambil pada minggu ni

close-up. agak2 ada biji benih tak?

pokok pun dh makin besar

klu setiap tangkai tu ada bunga mesti cantik





© 2010 - 2013 rinimemories - All Rights Reserved.

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...