Assalamualaikum...

alhamdulillah hari ni sejuk je sbb hujan turun setelah beberapa lama panas terik. pokok2 aku dah mcm hidup segan mati tak mau je. kdg2 pagi x sempat nak siram, blk keje tgk dh layu.

usaha aku menanam sayur sentiasa dibantutkan oleh cik yam kat rumah ni. yg kena pijak la, yg daun kena makan la, yg daun baru ada 3-4 helai, blk keje tgk dh togel. geram je. stresssss aku.

so, kali ni tak de cite pasal tanaman, kita cerita pasal biskut plak. haaaa...... sebenarnya buat biskut ni dh lama, bln lepas kot. tp sbb gambar simpan kat external hard disk, manjang lupa je la. so, sblm terus hilang dari ingatan, elok lah aku buat entry cepat2 kan. lagi pun kan dh nak puasa ni, pastu raya. kiranya mcm biskut pre-raya la gituhhh....^_^

first time buat biskut ni masa raya tahun lepas. sedap dan cepat habis. masalahnya satu je. manis gilerrr....... blh dpt kencing manis wooo........klu tgk resepi, ada gula putih, gula perang lagi, cooking chocolate lagi dan chocolate chip. mmg tak dapat la aku menerima kemanisan melampau biskut ni. so, buat kali ni, byk yg aku kurangkan. gula putih tak masuk. cooking chocolate tak guna dan aku guna almond je sbb x bape suka dgn walnut. bila kurangkan benda2 ni, baru la ok manisnya. resepi tuk biskut ni, aku ambik dari blog kak wan. blh terjah resepi kat sini ye.

Biskut Famous Amos / Oatmeal Crunchy Cookies

Bahan A
250gm mentega
220gm gula pasir - tak letak
200gm gula perang
2 biji telur
1 tsp vanila

Bahan B
250gm tepung red rose
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil garam halus

Bahan C
200gm oatmeal
200gm chocolate chips
100gm chocolate masakan - dicincang kasar - tak letak
100gm almond nibs - dibakar
50gm walnuts - dibakar - guna badam

Cara-cara :
1.  Bahan A, pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu dan vanila.  Putar hingga bergaul rata.
2.  Ayak bahan B didalam mangkuk, kemudian satukan bersama bahan C, gaul hingga rata.  Kemudian gaulkan dengan bahan A hingga menjadi doh.
3.  Sudukan ke dalam loyang pembakar yang telah digris terlebih dahulu.  Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau hingga masak.

*** biskut agak manis, boleh kurangkan gula mengikut citarasa




© 2010 - 2012 rinimemories - All Rights Reserved.
Assalamualaikum...

masa berlalu sgt pantas. rasa mcm 24 jam tu x cukup tuk sehari. dari isnin - jumaat sibuk dgn kerja. 2 hari cuti tu la nak buat mcm2. sbb tu la dh 2 minggu x berupdate. hahaha......alasan kemain lagik :P
tanaman yg x seberapa tu pun kadang2 x terbelai tambah lagi bila dh start kelas ni. layan gmbr je lah ye.........

pokok cili baru nak berbunga semut pulak dok bertelur kat sana. dh buang pun dok datang lagi. mcm mana nak buat ni....

buah tomato yg kat entry lepas x masak2 lagi. buah pun x bertambah. nmpknya yg tanam kat tanah lagi byk buah dari yg dlm pasu

kubis dh start membentuk tp daun jadi habuan belalang. habis berlubang2

pak choy

white radish

bendi singa. benih beli dgn en. is (tanamsendiri)

labu manis

buah yg berbulu kat entry bawah dh mula merah selepas 2 minggu. dh terbayang2 nak buat apa dgn buah ni. jus, jem dan blh buat kek :)

pokok kelapa nan sebatang yg sentiasa setia membekalkan kelapa muda.


ohhh......nak tepek juga gmbr budak kecik yg dh pandai membuat bunyi-bunyian. bising bukan main lagi tp acik tak paham la rafik oiiiii..........
aaaaaaaaaa..............sila baca ala2 bunyi tarzan. penuh perasaan tu. kekeke...........

lawan gigi sape paling comel :D



© 2010 - 2012 rinimemories - All Rights Reserved.

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...