assalamualaikum………………
apa khabar kwn2? harap sume baik dan sejahtera hendaknya. dah mcm tulis surat zaman dulu2 pulak^^. mcm mana hujung minggu korang? pi mana? buat apa?

aku punya weekend, penat makcik ni ha......... kena dera dgn anak buah aku. smlm blk rmh, rupa2nya dh standby bw segala mcm brg nak msk. konon2nya nak buat spaghetti. org dh masak tuk t/hari tu, sanggup tak nak mkn sbb nak tunggu spaghetti jugak. terpaksa juga la msk tuk dia. aku tukang masak je, dia ngan ibu dia yg wat keje potong memotong ni. nasib baik rajin tolong :p

pastu ptg nak buat kek la plak. hamboiiii….kehendak mcm2. sbb brg2 nak buat kek tak cukup, buat sandwich gulung je la tuk minum petang. lagi sekali, nasib baik rajin menolong, kena kerahan tenaga lagi dgn aku. hehehe…….

nak buat sandwich gulung ni senang je. sume org pun tahu rasanya.  bhn2 yg diperlukan, roti, inti sandwich, telur dan serbuk roti. aku guna serbuk roti yg warna oren, bg cantik sket lps goreng. cara2nya, roti lenyek bg leper, letak inti, gulung, masuk dlm telur yg dh dipukul dan lepas tu, salut dgn serbuk roti. dh selesai, blh la goreng. klu tgk kat gmbr, ada yg mcm lapisan hitam tu, aku letak seaweed. lebihan dari buat sushi dulu. dan aku lebih suka yg letak seaweed ni. klu korang nak kelainan, cuba la try :)

sebenarnya malas nak tepek pasal ni, biasa sgt2 kan, tp mcm dh lama je tak letak pasal makan2 ni, tepek jugak la ;) lagi pun, tak de benda lain nak cite, rutin harian same je kaedahnya. korang layankan je la ye =)


Labels: | edit post
Reactions: 

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...